Nuffnang Ads

Monday 29 December 2014

Sekadar Sebuah Coretan 2014


Bersyukur kehadrat Illahi kerana atas kurnia kerana masih memberi kesempatan untuk terus merasai nikmat hidup di dunia milik Mu. Tidak dilupa untuk selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Lama sudah rasanya eyza tidak update blog ni. Kesibukan dalam menjalankan tugas hakiki lebih menjadi keutamaan. Namun sedar atau tidak tirai 2014 bakal melabuhkan tirai. Banyak perkara suka dan duka yang telah dilalui, pahit atau manis tetap diharungi dengan tabah. Tak semua yang diimpikan akan menjadi kenyataan. Yang pergi tetap pergi, patah tumbuh hilang berganti. Hati kecil sentiasa berkata yang suatu hari nantikan hadir sebuah sinar datang untuk menerangi.




Banyak perkara yang dilalui tahun ni memberi seribu satu pengajaran buat diri eyza untuk menjadi seorang yang lebih cekal dan tabah. Peringatan pada diri : Walau apa pun yang terjadi, kena belajar untuk berdiri di atas kaki sendiri, jangan sesekali mudah berputus asa. Sabar, tabah dan reda dalam apajua situasi.. andai rasa diri ini tidak kuat, bersujud dan mengadulah pada Yang Maha Esa. Insyallah kita akan berasa lebih lega dan tenang dalam menghadapi situasi yang tidak diduga. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Kehadiran tahun 2015 yang akan menjelma tidak lama lagi diharap agar dapat memberi satu perubahan baru dalam hidup dan diri. Sangat berharap agar tidak apa yang dilalui menjadi suatu motivasi dan tabah dalam mengharungi hari-hari mendatang. Amin..




Wednesday 24 September 2014

Petua Menjadi Positif | Worldless wednesday#

Tak mudah untuk kita menjaga hati dan memuaskan hati semua orang yang berada di sekeliling kita. Namun dengan berfikiran positif dan terbuka dalam setiap penerimaan  sesuatu perkara ia dapat membantu untuk kita membuat mereka (orang sekeliling) lebih terbuka dalam penerimaannya.

Atitute sentiasa dipengaruhi oleh cara bagaimana pemikiran sesorang. Sikap dan tingkahlaku yang dipengaruhi oleh cara pemikiran dapat menjukkan bagaimana atitute sesorang. Bagaimana nak jadi seorang yang positif jom kita follow petua dibawah...




Monday 22 September 2014

Resepi: Siakap Stim ala Cik Eyza

Assalamualaikum. Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya eyza masih lagi dapat merasai nikmat keindahan ciptaannya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad saw.

Kesibukan diri sejak akhir-akhir ni menghadkan eyza untuk mengupdate blog yang kian berhabuk ni.... rindu untuk mecoretkan dan berkongsi cerita, namun terpaksa dipendamkan dek kerana keadaan yang tak mengizinkan. Dalam entry kali ni eyza just nak share resepi siakap stim ala-ala cik eyza gitu, resepi yang create sendiri plus comment membina dari masterchef abahku yang tercinta..sedap sehingga menjilat jari.

Siakap Stim ala Cik Eyza
Bahan A:
1 ekor ikan siakap size sederahana
2 ulas bawang putih dicincang
1 batang serai dititik
2 inci halia di hiris halus
1 biji limau nipis dipotong bulat

Bahan B:(kuah)
1 cawan air
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 inci halia dihiris halus
2 biji asam boi jeruk
1/2 sudu teh taucu
1 biji cili merah dihiris serong
2 biji cili api
Garam, gula

Cara-cara:
1. Bahan A: Taburkan bawang putih yang dicincang dan serai ke dalam pinggan, letakkan ikan diatas bahan tadi. Lebih elok jika ikan tersebut di buang tulangnya. Taburkan halia dan limau di atas ikan. Kukus selama 10 minit.( agak-agak ikan separuh masak)

2. Bahan B: (kuah) Satukan semua bahan B dalam kuali, perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga mendidih dan tutup api.

3. Siramkan kuah  yang telah dimasak tadi  ke atas ikan dan kukus sekali lagi selama 10 minit.Setelah ikan masak boleh dihidang. Taburlah sedikit daun sup sebagai hiasan.


Selamat mencuba...
Eyza

Sunday 7 September 2014

Resepi Kerabu Daging


Lama sudah rasenye blog eyza menyepi, kesibukan sejak akhir akhir ni membuatkan eyza tak sempat untuk singgah dan update blog... wah bunyi cam busy betulkan.. hehe...

Dalam entry kali nie eyza nak share resepi kerabu daging favorite eyza....

Kerabu Daging

Bahan- bahan:
200g daging ( direbus dan dihiris nipis)
2 batang serai (diracik halus)
1/2 biji bawang besar (diracik halus)
1 biji tomato (dihiris nipis)
4-5 biji cili api (diracik halus)
1biji limau nipis  (diambil jusnya sahaja)
Daun salad (dipotong atau dikoyak-koyakkan)
Garam, gula dan serbuk perasa

Cara- caranya:
Satukan semua bahan-bahan di atas kedalam mangkuk besar, perasakan dengan garam dan sedikit gula...jika nak lebih kuah anda boleh masukkan sedikit air dari rebusan daging tadi. Gaul semua bahan tadi sampai rata dan boleh la dihidang....


Kerabu daging ni sedap di makan bersama nasi panas dan telur dadar. Ia juga boleh di makan begitu sahaja sebagai salad...

Selamat mencuba....
Eyza

Saturday 23 August 2014

Smile For Gaza #SAVEGAZA


Dunia hari ini dikejutkan dengan serangan rejim zionis terhadap konvoi kemanusiaan yang membawa ratusan aktivis pro-Palestin dari pelbagai Negara. Seluruh dunia bersedih pilu dan berdukacita dengan berita serangan dan pembunuhan yang berlaku.

Sempena menyahut seruan anti keganasan dan ketidakperikemanusiaan,maka AKRAB JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN akan melancarkan kempen Jualan Amal "Smile For Gaza" sebagai suatu tanggungjawab sosial korporat dalam usaha membantu mangsa-mangsa yang teraniaya di Palestin.

Sehubungan itu, ingin menjemput semua yang berada di sekitar Seremban dan kawasan yang berdekatan untuk menghadiri serta memeriahkan majlis jualan amal yang akan berlangsung pada 25 Ogos 2014

Bersama-samalah kita menghulurkan bantuan bagi meringankan penderitaan mangsa-mangsa kekejaman zionis di Palestin.


"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah pada jalanNya, supaya kamu mendapat keberuntungan"
(surah Al-Maidah :35)


kredit pada Lanz Zahril (poster)


Wednesday 30 July 2014

Apabila Kebosanan Mula Melanda #Worldless Wednesday

Salam Aidilfitri



Cam gini lah jadinye apabila orang masih bercuti dan aku dah mula kerja.. 
kerja dah pun disiapkan
nak bercakap pun tak tau sapa nak layan 
yang ada cuma dinding jer... 
berselfie je la gamaknya...huhu...


Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Assalamualaikum...

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana masih diberi ruang dan peluang untuk terus menikmati hidup yang indah dan penuh pancaroba ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Bersyukur juga kerana telah kita semua umat islam berjaya dalam melaksanakan ibadah puasa dibulan Ramadhan dengan jayanya. Banyak perkara yang dilalui sepanjang melaksanakannya, ada suka ada duka semuanya diharungi dengan penuh rasa tabah, tidak dilupa pada yang kurang bernasib baik sama-sama untuk menghulurkan bantuan mana yang termampu. 


Kini syawal menjelma lagi, jelma untuk meraikan kemenangan dengan penuh rasa syukur, jemla untuk mengeratkan hubungan silatulrahim antara semua saudara makhluk ciptaaNya. Dikesempatan ini ingin eyza memohon maaf di atas segala kesilapan, kekhilafan maupun perbuatan yang disengajakan ataupun tidak disengajakan.


Tiada pemberian yang terindah selain dari kata Maaf
Tiada perbuatan yang termulia selian dari Memaafkan

Di bulan yang mulia ini
Ingin eyza memohon seribu kemaafan
Dari semua kenalan dan sahabat handai yang mengenali diri
Diatas segala ketelanjuran kata & budibahasa yang mungkin menyentuh jiwa
Untuk setiap kata yang tidak terjaga
Hati dengan Prasangka
Kesilapan yang tidak sengaja
Maafkanlah insan yang tidak sempurna ini

Selamat Menyambut Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

eyza nieza
Wassalam

Friday 25 July 2014

Keindahan Hitachi Seaside Park, Jepun

Taman Hitachi Seaside atau dalam bahasa Jepun disebut Hitachi Kaihin adalah merupakan sebuah taman bunga yang terletak di Hitachinaka, Ibaraki, berdekatan dengan pantai Ajigura.  Terbentang di kawasan seluas 3.5 hektar yang mempunyai bunga berkembang mekar sepanjang tahun. Bunga-bunganya yang sentiasa berkembang mekar ini akan silih berganti mengikut musim. Keindahan ini menyebabkan taman ini sentiasa dipenuhi dengan bunga yang berwarna warni sepanjang tahun. Di taman ini juga terkenal dengan bunga Nemophila yang berwarna biru atau di kenali juga dengan baby blue eyes.

Jom menikmati pemandangan yang menyejukkan hati dan jiwa dengan lautan biru bunga Nemophila…











Thursday 24 July 2014

Punca Berlaku Ulser Mulut

Assalamualaikum...

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan pada hari. Masa berlalu dengan begitu pantas, hari ni rupanya dah 26 Ramadhan rupanya. Bermakna dah 26 hari umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah puasa. Dalam meneruskan ibadah di bulan yang mulia ini kadang-kadang kita didatangkan beberapa ujian kecil yang boleh menguji sedikit tahap kesabaran yang berada teguh dalam diri ini. 

Nak dijadikan cerita, eyza sekali lagi kena serang dek ulser mulut yang tak bersalah ni...pedih yang teramat... nak cakap, nak gelak semuanya kena kontrol jer...aduh apa lah nasib...punca sebenar diserang ulser tidak di ketahui...kata orang tua-tua orang lama, ulser berlaku kerana kurang minum air. Betul ke?




Sehubungan dengan itu, (ceh ayat cam nak buat surat plak.. hehe..) ada sedikit info yang eyza dapat cedok dari en. google untuk dikongsi bersama. Kesakitan akibat ulser mulut ni akan berkurangan antara 3-4 hari dan mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya antara 7-14 hari. Biasanya ia tidak meninggal sebarang parut, tahu-tahu dah hilang jer..

Antara punca berlakunya ulser mulut ni adalah di sebabkan oleh  beberapa faktor berikut :

  • kecederaan akibat tergigit bibir atau benda tajam
  • kekurangan zat besi
  • alahan
  • jangkitan kulat dan bakteria
  • kurang minum air... 
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua..

Wassalam..



Tuesday 22 July 2014

Doakan Yang Terbaik MH17



Assalamualaikum..

doa

Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk mencoretkan apa yang berlegar kat fikiran eyza ni. Syukur kehadrat Illahi kerana masih diberi ruang dan peluang untuk terus menikmati hidup yang indah dan penuh pancaroba ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Semoga apa yang dilalui semalam memberi seribu satu pengajaran dan iktibar agar bersedia untuk melalui hari-hari yang akan datang.

Misteri kehilangan MAS MH370 masih lagi menjadi misteri. Kini, sekali lagi negara kita dikejutkan dengan berita yang kehilangan sebuah lagi pesawat MAS MH17 akibat ditembak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak perikemanusiaan. Rasa sedih dan bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa dan keluarga. Ketahuilah bahawa siapa pun yang inginkan perkara sebegini terjadi, namun dengan kehendak Yang Maha Esa perkara ini terjadi. Semua yang berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya dan Dia sedang menguji umatnya.

Dalam menempuhi dunia yang penuh pancaroba, di bulan Ramadhan yang mulia ini sama-sama lah kita berdoa supaya semua usaha menyelamat dan menyiasat apa yang telah berlaku ke atas pesawat MH17 dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Sekarang ini bukanlah masa yang sesuai untuk menunding jari mencari siapa yang bersalah. Mereka yang bersalah pasti akan menerima hukumannya nanti. Hentikanlah spekulasi-spekulasi yang boleh mengguriskan perasaan ahli keluarga mangsa. Semaikanlah dalam diri ini dengan sifat 'empathy' agar kita dapat merasai akan perasaan meraka yang sedang lalui. Redha dengan ketentuan qada' dan qadar adalah yang terbaik. Ketahuilah bahawa Allah swt adalah sebaik-baik perancang, dan Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.


"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia mengkehendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu : Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi." 

Surah Yasin: 82

p/s : Ini hanyalah pandangan secara peribadi eyza sahaja. Doakan yang terbaik buat mangsa-mangsa yang terlibat dengan MH17..Bagi yang beragama islam semoga roh mereka dicucuri rahmat...amin

Wasalam

Wednesday 9 July 2014

Daun Pandan vs Bunga Ros #Worldless Wednesday

Assalamualaikum...

Ini la hasilnye apabila makcik aku tak der kerja kat umah
daun pandan pun bertukar menjadi bunga ros....

daun pandan



Thursday 3 July 2014

Pengembaraan yang menakjubkan


Assalamualaikum....
Eyza nak share skit kreativiti yang boleh di lakukan melalui papan hitam...



Kafe Pontianak ??

Sumber berita : myMetro

Kafe pontianak
Liaoning: Serangan pontianak kini menular ke China! Kali ini membabitkan kegilaan yang dibawa sebuah kafe di bandar Benxi yang mengenengahkan tema ala pontianak yang di inspirasikan daripada siri drama ‘The Vampire Diaries’.
Pengunjung kafe ini berpeluang memuaskan ‘ketagihan darah’ mereka dengan minuman yang mempunyai warna seakan darah dan lebih ironi lagi ia disajikan dalam beg darah.
Menurut laporan media, pelayan di kafe berkenaan berpakaian seperti doktor dan jururawat dalam menyajikan minuman berwarna merah seperti wain merah, kola ceri dan jus anggur hitam di dalam yang direka menyerupai beg darah.

Ia disajikan di dalam bilik dengan dinding batu-bata menyerupai bilik bawah tanah yang dihuni drakula, lengkap dengan sebuah keranda, buku dan muzik berkaitan pontianak bagi menaikkan suasana di kafe berkenaan.
Foto
PELAYAN kafe berpakaian seperti doktor dan jururawat ketika menghidangkan minuman kepada pelanggan.

Minuman seperti kopi, air mineral dan jus buah yang mempunyai warna lain akan dimasukkan pewarna merah sebelum disajikan bersama beg khas berkenaan.

Setiap beg berkenaan juga ditandakan dengan empat kumpulan darah, membolehkan pelanggan memeriksa ‘jenis darah’ mereka.

Pembukaan kafe dengan tema pelik itu mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengunjung.

Wednesday 2 July 2014

Nak Masak Apa Berbuka Puasa???

Assalamualaikum...

Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat semua
Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini

masak apa
Gambar Hiasan

Hari baru masuk hari ke-4
Sekarang dah tak tau nak nak masak apa
Bukan apa, banyak sangat menu yang berlegar-legar kat kepala otak eyza nie
alangkah indah jika hari-hari ada request dari my family
senang just masak je...
eyza bukan apa takut membazir je
al-maklumlah selera semua orang kat umah masing-masing berlainan... huhuhu...

nak beli kat bazar Ramadhan,
 rase macam tak sanggup je nak redah tempat tu
orang ramai sangat yang mengunjung ke sana..
tak pe ada masa lagi masih boleh fikir
harap sampai rumah nanti ada request lah dari abah n adik-adikku...

ermm... agak-agak apa yer menu untuk hari ini...??

Hati | worldless wednesday#



Sunday 29 June 2014

Salam Ramadhan 1435H

Assalamualaikum...
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi ciptaanNya yang indah ini. Tidak dilupa selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Alhamdullilah di hari yang mulia ini 1 Ramadhan 1435H,  bersyukur eyza ke atas nikmat Allah swt kerana masih diberi peluang untuk meneruskan ibadah puasa bersama semua umat Islam di bulan yang mulia ini...


Dihari yang penuh berkah, sempena menyambut kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini. Ingin sekali eyza memohon keampunan andai selama
menjalin ukhwah ada bicara yang mengguris rasa, ada gurauan yang menghiris jiwa.. eyza hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan... Semoga kehadiran Ramadhan kali ini dapat mengeratkan lagi persaudaraan sesama kita InsyaAllah..


Andai jemari tak sempat berjabat,
jika raga tak bisa bersua,
bila ada kata berbekas luka,
semoga pintu maaf masih terbuka...

Selamat Berpuasa..

Wasalam,
eyza

Thursday 12 June 2014

Atasi Haid Lambat Secara Semula Jadi

Haid berlaku apabila anda mengala pendarahan dari faraj dan setiap haid yang berlaku berbeza antara seorang wanita dengan wanita lain. Kiraan haid pula adalah selama 3-7 hari. Manakala tempoh kitaran haid ke haid seterusnya di antara 21-35 hari.

Masalah haid lambat bukanlah isu baru dan terkini dikalangan wanita. Masalah ini sudah lama dan kerap terjadi kepada sesetengah wanita. malah ia sudah dianggap perkara biasa. Tahukah anada, sebahagian wanita mengalami haid sebanyak 11-13 kali dalam setahun. Ada juga yang 'datang' dua kali dalam sebulan, sekali sebulan atau sekali dalam tempoh 2 atau 3 bulan. Malah, tarikh ini tidak sama dan jarang haid seseorang wanita itu dalam tarikh yang sama setiap bulan.

Dalam entry kali ini, eyza nak share cara mengatasi haid lambat secara semula jadi. Lamabat haid boleh terjadi kerana seseorang itu hamil ataupun mengalami masalah kesihatan lain. Stres, kurang tidur, pengambilan ubat-ubatan dan sebagainya boleh melambatkan haid. Mungkin anda boleh cuba cara ini untuk mengatasi lambat haid.

  •   Bijan & Gula Sawit
    • pengambilan bijian putih atau hitam yang dihancurkan dan dicampurkan dengan gula. Ramuan ini dapat melancarkan aliran haid dalam masa yang cepat
  • Betik
    • Buah ini dapat melancarkan haid yang tidak teratur. Cukuplah dengan memakan sebanyak 250g setiap pagi dan sebelum tidur.
  • Jintan & Gula Sawit
    • Didihkan jintan bersama gula sawit dan minum airnya. Anda juga boleh menggantikan dengan minyak jintan
  • Senaman & Omega 3
    • Lakukan senaman yang teratur dan diet yang kaya dengan antioksida dan omega 3. tambahkan dengan latiha kardio 3-4 kali seminggu.
  • Peria
    • walaupun pahit ia dapat membantu melancarkan haid.
  • Tidur Yang Cukup
    • pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap hari


semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

Sunday 8 June 2014

Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharuddin.com


Klik banner untuk penyertaan 
Sempena dengan ulangtahun perkahwinan saya yang ke-8 hari ini, saya ingin merasmikan Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com yang bermula pada hari ini 3hb Jun 2014 sehingga 30hb Jun 2014.
Khas buat Kak Syuhada n suami 
"Selamat berbulan madu n happy annivesary yang ke-8. Semoga kekal bahagia till Jannah".

Cerekadrama "Pulanglah Abah" sarat dengan pengajaran

Assalamualaikum...

Pengisian dimalam hujung minggu, layan cerkarama tv3 "Pulanglah Abah". Minggu ini berkisarkan tentang hari bapa. Pengorbanan seorang bapa dan suami untuk keluaga tercinta. Menjaga isteri yang sedang sakit kerana Alzheimer (nyayok). Mengharapkan kasih sayang anak-anak yang tinggal jauh dan sibuk dengan kerjaya masing-masing, kerana tersepit antara kerja dan tanggungjawab si suami tekad untuk mengambil pembantu rumah bagi meringankan beban yang ditanggung. Silapnya kerana mudah percayakan pembantu rumah akhirnya diri terjerat. Isteri terabai, anak dimarahi, harta tergadai dan diri terbuang. Kesalnya di atas perbuatannya, malu untuk berdepan dengan anak-anak akhirnya membawa diri untuk menjadi gelandangan.

Jalan cerita yang padat dengan pengajaran. Hati kecil yang mudah tersentuh, terus dipanjatkan doa agar perkara sebegini tidak akan terjadi pada diri dan keluarga. Dunia yang penuh pancaroba ini banyak mengajar kita untuk rasa bersyukur dengan nikmat yang diberi olehNya. 

Ketahuilah bahawa kasih sayang ibubapa kepada anak-anak tiada tandingnya, jagalah mereka selagi ada hayat ini. Gembirakan lah hati mereka walau dengan apa cara sekali pun. Sesibuk mana pun kita dengan runtin dan kerja luangkanlah sedikit masa untuk bertanya khabar dan menjengok kedua ibu bapa. Eyza rasa tak rugi sesen pun, jika kita buat mereka gembira hati kita senang hidup kita pun akan bahagia. Doa dan kasih sayang ibubapa untuk anak-anak tidak dapat dinilai dengan harta ataupun wang ringgit. Harta paling berharga bagi ibu bapa adalah anak-anak begitu juga sebaliknya. 

Terima kasih abah atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang abah berikan pada kami selama ini. Jasamu pada kami tidak mampu untuk dibalas. Hanya doa dan membuatkan abah sentiasa gembira yang mampu untuk kami lakukan. Dan buat mama, semoga roh mu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama denngan orang yang mulia disisiNya. amin..

selamat hari bapa abah... love u so much...


Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah saw bersabda maksudnya 
"Sesiapa yang ingin dipanjangkan umur dan ditambahkan rezekinya hendaklah dia berbakti kepada kedua ibu bapanya dan menyambungkan silatulrahim
Hadis riwayat Ahmad



Saturday 7 June 2014

Atasi Masalah Peluh

Berpeluh secara berlebihan boleh mengganggu aktiviti seharian. Selain itu, ia juga membuat kita berasa kurang selesa ketika berada ditempat awam atau berkomunikasi dengan orang disekeliling kerana takut ia menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Rasa rendah diri dan tidak yakin pada diri mula bertapak dalam diri. Disini eyza ingin berkongsi sedikit info mengenai peluh dan pemakan yang boleh membantu untuk mengurangkkannya.

Peluh berlebihan yang dimaksudkan ialah seseorang itu akan melihat tanda-tanda seperti tapak tangan kerap basah, bahagian atas dahi, hujung hidung dan bahagian antara bibir dan hidung berpeluh, ketiak basah dan sebagainya. Perkara ini harus dipandang serius kerana ini adalah salah satu simptom terhadap kelemahan organ dan sistem tertentu pada tubuh.


Kesan seperti ini menimbulkan beberapa kerumitan kerana seseorang terpaksa kerap mencuci cadar dan selimut kerana tempat tidur selalu basah setiap kali tidur. Pakaian terpaksa ditukar selalu dan tidak dapat disangkut kerana berpeluh. Sekiranya kandungan toksik atau urik asid berlebihan di dalam badan, peluh yang keluar akan berbau. Bau disebabkan oleh bakteria yang membiak di kawasan lembab dan berprotein (peluh juga mengeluarkan protein).



Keadaan ini menimbulkan kebimbangan dan rasa tidak selesa kepada mereka yang mengalaminya kerana ia akan memberi kesan terhadap prestasi pekerjaan seharian. Tahukah bahawa anda terdapat beberapa makanan yang boleh membantu untuk mengurangkan pengeluaran peluh. Antaranya ialah :


TIRAM - Setiap 85g hidangan tiram mencukupi 19% keperluan magnesium dan 10 kali ganda keperluan zink. (Galian ini boleh mengatasi masalah peluh berlebihan)

KUACI - Ia kelihantan seperti snek biasa tetapi kuaci kaya dengan kandungan magnesium dan zink yang berkesan mengawal peluh berlebihan

YOGURT - Produk susu yang mengandungi bakteria sihat. Pengambilan yogurt sebanyak 450ml mengandungi 37g magnesium dan zink sebanyak 1.8mg yang akan memenuhi 10% keperluan harian.

Sumber : majalah rapi Jan2014 (telah diedit oleh eyza)

Thursday 5 June 2014

CUBA TEKA????


Selamat pagi..
Semoga hari ini memberi seribu pengertian dan ianya lebih baik dari semalam..
Pagi ini, eyza nak uji minda anda skit kasi hilangkan stress...
Agaknya dapat tak anda teka gambar-gambar di bawah nie..


1. Apa yang anda nampak dalam gambar ni?




2. Berapa wajah yang anda nampak?




3. Kira bilangan wajah yang terdapat dalam gambar ini...?




4. Cari dimanakah katak tersembunyi...?



huhu... boleh tahan berpinau mata nak mencari... apapun selamat mencuba...


Sifat Sahabat Yang Harus Dihargai

Assalamualaikum..
Sahabat, kawan, friends, atau  teman merupakan istilah yang membawa maksud yang sama. Setiap orang pasti mempunyai sahabat. Sahabat adalah seseorang yang selalu menemani kita disaat suka atau pun duka. Tanpa sahabat mungkin hidup ini terasa sepi. Eyza rasa semua orang di dunia ini mempunyai sahabat, namun ketahuilah untuk mendapatkan seorang sahabat yang sejati bukanlah mudah. Kata orang, sahabat semasa suka mudah dicari tetapi sahabat semasa berduka sukar untuk ditemui.

sifat sahabat
Sungguhpun begitu, kita sebagai manusia mestilah menghargai setiap perhubungan yang terjalin. Baik buruk seseorang sahabat itu, terimalah dirinya seadanya kerana kita hanyalah manusia biasa yang tak sempurna. Jika ada kesilapan yang dilakukan tegurlah dengan cara berhemah agar tidak mengguriskan hati dan merosakkan hubungan persahabatan yang terjalin. Ketahuilah bahawa persahabatan itu ibarat sekotak crayon. Masing-masing mempunyai warna yang berbeza, tetapi cuba kita padukan, ia akan membentuk sebuah pelangi yang indah...

Antara sifat sahabat yang harus dihargai :
  1. Sahabat-sahabat yang ceria dan menceriakan
  2. Sahabat yang memberi ketenangan
  3. Sahabatyang suka berbaiksangka
  4. Sahabat yang tidak suka mengata
  5. Sahabat yang ikhlas
  6. Sahabat yang jujur
  7. Sahabat yang baik tutur katanya
  8. Sahabat yang berfikiran positif
  9. Sahabat yang baik hati dan niatnya
  10. Seorang pedengar yang baik
  11. Seorang sahabat yang berani untuk membetulkan kita ketika kita membuat kesalahan agar tidak hanyut dalam kesalah yang dilakukan.



"Sahabat yang baik itu anugerah, tak perlu yang berserban mahupun yang berpurdah, cukuplah yang selalu membimbing kita ke jalan Allah swt...."

Wasalam..

Wednesday 21 May 2014

Monday 19 May 2014

Tips Makan Tetapi Tetap Berdiet


Makan tetapi tetap berdiet? Macam mana tu? Diet, tak semestinya tak makan. Tahukah anda bahawa terdapat banyak cara yang boleh diamalkan untuk berdiet secara sihat antaranya ialah : 

  1. Bataskan penggunaan garam dan elakkan MSG
  2. Kurangkan menggoreng. Banyakkan menumis, rebus, kukus atau panggang
  3. Makan secara normal, 2-3 kali sehari. Ingat!! jangan makan terlalu kenyang. Disarankan untuk makan semasa lapar sahaja
  4. Jangan makan secara terburu-buru, makanlah dengan tenang dan kunyah makanan secara perlahan-lahan
  5. Elakkan makan sebelum tidur. Sekurang-kurangnya 3jam sebelum anda tidur dan
  6. Ambillah makanan yang banyak mengandungi anti oksida seperti buah-buahan atau sayur-sayuran
Selamat mencuba..

Segmen Bloging + Menang Hadiah


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam

Sunday 18 May 2014

5 Cara Bakar Kalori

Menurut sumber dari wikipedia kalori bermaksud sejenis unit tenaga. Perkataan ini berasal dari bahasa Perancis yang mengambil perkataan Latin calor (haba). Kalori telah digantikan dengan unit SI joule dalam kebanyakan bidang, namun ia masih selalu digunakan dalam konteks tenaga yang diperolehi daripada makanan.


Tahukah anda bahawa terdapat 5 cara berkesan yang boleh  membantu untuk membakar kalori dalam badan antaranya ialah :

  1.  Jangan makan berlebihan walaupun jamuan terhidang menggoda jiwa
  2. Cuba untuk minum secawan teh hijau setiap pagi. Ini adalah merupakan kajian yang telah dilakukan di  University Of Switzeland yang menemukan bahawa teh hijau meningkatkan jumlah  kalori yang dibakar oleh badan
  3. Beri tumpuan kepada apa yang anda makan. Jangan makan sambil membaca, menonton tv, belajar atau menjawab email. Ini kerana, tanpa di sedari anda akan makan dalam suatu kuantiti yang banyak.
  4. Setiap kali ke restoran, pesan makanan dengan sajian kanak-kanak (iaitu sajian dalam kuantiti yang kecil)  atau salad tanpa hidangan utama
  5.  Jangan letakkan makanan di tepi katil atau berdekatan dengan anda ketika menonton tv. Letakan di tempat yang jauh atau sukar dicapai.


You might also like: