Assalamualaikum...
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan pada hari. Masa berlalu dengan begitu pantas, hari ni rupanya dah 26 Ramadhan rupanya. Bermakna dah 26 hari umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah puasa. Dalam meneruskan ibadah di bulan yang mulia ini kadang-kadang kita didatangkan beberapa ujian kecil yang boleh menguji sedikit tahap kesabaran yang berada teguh dalam diri ini.
Nak dijadikan cerita, eyza sekali lagi kena serang dek ulser mulut yang tak bersalah ni...pedih yang teramat... nak cakap, nak gelak semuanya kena kontrol jer...aduh apa lah nasib...punca sebenar diserang ulser tidak di ketahui...kata orang tua-tua orang lama, ulser berlaku kerana kurang minum air. Betul ke?
Sehubungan dengan itu, (ceh ayat cam nak buat surat plak.. hehe..) ada sedikit info yang eyza dapat cedok dari en. google untuk dikongsi bersama. Kesakitan akibat ulser mulut ni akan berkurangan antara 3-4 hari dan mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya antara 7-14 hari. Biasanya ia tidak meninggal sebarang parut, tahu-tahu dah hilang jer..
Antara punca berlakunya ulser mulut ni adalah di sebabkan oleh beberapa faktor berikut :
- kecederaan akibat tergigit bibir atau benda tajam
- kekurangan zat besi
- alahan
- jangkitan kulat dan bakteria
- kurang minum air...
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment