Nuffnang Ads

Friday 28 March 2014

TEGURLAH DENGAN CARA BERHEMAH

Assalamualaikum,

Ketahuilah bahawa kita ni bukannya maksum seperti Nabi dan Rasul yang sentiasa terpelihara oleh Allah SWT daripada dosa. Kita juga bukan seperti malaikat yang terhindar daripada dosa dan maksiat kepada Allah SWT. Namun untuk memperbaiki kesilapan menegurnya perlu lah dengan cara yang berhemah agar ianya tidak mengguriskan hati dan perasaan orang lain. Dengan teguran eyza rase kita akan sedar atas kesilapan, kelemahan dan kesalahan dalam diri.

Sebagai manusia biasa kita tak terlepas dari melakukan kesilapan, begitu juga dengan eyza. Sedikit terkilan apabila kesalahan yang dilakukan itu ditegur dengan cara yang tidak berhemah , walhal perkara tersebut boleh diselesaikan dan tak perlu nak perbesarkan pun (hehe termeluahkan perasaan la plak, sori yerk). Kata orang  bila marah jangan pendam-pendam nanti jadi dendam. Sebenarnya eyza tak ambik hati pun dengan officemate eyza tu. Biasa la miss undertanding jerk, cuma cara dia menegur tu buat eyza terase (sensitif orangnya pulak minah nie ).



Kadang-kadang ada beberapa sebab kenapa orang yang di tegur tidak boleh menerima teguran itu bukan lah kerana dia tidak boleh berubah dan memperbaiki kesalahan, tetapi di sebabkan cara dan kaedah teguran yang kurang bijak atau tidak sesuai pada orang yang di tegur itu. Tetapi teguran dengan cara yang tidak betul dan berhemah menyebabkan keadaan menjadi semakin buruk. Maka tidak hairan lah sekiranya ada yang tidak dapat menerima teguran kerana kesilapan cara menegur seperti sindirian, perlian, cacian, makian, terlalu emosi semasa menegur,menegura di khalayak ramai, seterusnya memalukan orang yang di teguranya dan sebagainya.

Seperti biasa eyza nak share skit tips cara untuk menegur kesilapan orang, harap ia berguna dan boleh try jika mahu (wah cam nak bagi resepi plak hehe) antaranya ialah : 
  • Tidak merendah-rendahkan orang yang ditegur
  • Pilihlah waktu yang sesuai untuk menegur -  lakukan dengan cara sembunyi agar tidak menjatuhkan aib dan memalukan orang yang ditegur 
  • Memahami kedudukan orang yang ditegur, dan
  • Gunakan gaya bahasa yang paling sesuai agar tidak mengguriskan perasaan oarang yang di tegur, pendek kata jangan la sound direct cakap tu kena la berlapik.

Semoga ia nya memberi manfaat kepada anda.

Wasalam...


Thursday 27 March 2014

MENGHINDARI HASAD DENGKI

Assalamualaikum,

Alhamdulillah eyza masih berpeluang untuk berkongsi coretan bersama anda walaupun tak seberapa. Tadi masa eyza tengok drama kat tv3- Demi, banyak pengajaran yang diperolehi dari jalan cerita drama tersebut.

Terasa ingin membicarakan hal berkaitan dengan hasad dengki ini (yang ada kaitan dengan drama tadi). Dengki dan khianat adalah penyakit hati. Ia bermula dari hati atau cemburu terhadap orang lain. Jika tidak diubati, ia boleh menjurus kepada sifat dengki dan dendam, seterusnya mendorong kepada mengkhianati orang lain. Sebagai contoh apabila seseorang yang tidak gembira/ rasa iri hati  apabila orang sekelilingnya memiliki kebaikan atau kelebihan.

Namun pada entry kali ni eyza hanya nak share cara bagaimana nak menghindari hasad dengki: 
  • Sentiasa melihat orang yang kita dengki itu dari sudut positif supaya aura negetif dapat digantikan dengan aura positif, seterusnya melenyapkan rasa dengki itu sedikit demi sedikit
  • Berlapang dada dan bersyukur dengan apa yang kita miliki dapat membantu membuang jauh-jauh perasaan iri dan dengki di dalam diri kita
  • Selalu beristighfar dan memohon keampunan kepada tuhan agar hati yang kotor dapat dibersihkan. Apabila hati kita bersih maka sukar untuk hasad dengki menular dalam sanubari kita
  • Elakkan dari mengikuti perkembangan individu yang kita dengki seperti tidak menghubunginya atau apa-apa laman sosial yang berkaitan dengannya. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu mengurangkan rasa dengki yang sedia ada.
  • Dan berdoalah kepada Tuhan supaya dihilangkan rasa iri hati, cemburu dan dengki khianat yang ada di dalam hati.
" Wahai Tuhan Kami. Ampunkan lah dosa kami dan dosa saudara-mara kami yang mendahului kami dalam iman,dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang beriman. Wahai Tuhan kami . Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan RahmatMu""
(Surah Al-Hasyr :10)

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
Wassalam...

Wednesday 26 March 2014

KETENTUAN

Assalamualaikum....

Singkap kembali tragedi MH370 yang berlaku baru-baru ini banyak meninggalkan kesan yang mendalam pada masyarakat di dunia. Pelbagai spekulasi dan pandangan yang telah dikemukakan oleh masyarakat ada yang positif dan ada yang negetif.  Dengan pengumuman semalam dari YAB Perdan Menteri Dato' Seri Najib bin Abdul Razak yang mengisytiharkan berakhirnya MH370 di Lautan Hindi. Namun ketahuilah bahawa setiap apa yang berlaku itu adalah ketentuan olehNya. 

Sekadar perkongsian, mohon maaf andai coretan eyza membuat ada dikalangan anda rase terguris. Ezya rase empahty dengan kejadian yang berlaku dan terpanggil untuk meluahkan apa yang terbuku dihati, tiada niat untuk melukakan hati sesiapa. Besar harapan ini eyza masih berharap agar semua penumpang dan anak kapal MH370 masih selamat kerana masih banyak lagi persoalan tentang tragedi ini masih belum terjawab. Kenapa? Mengapa? itu hanya Allah sahaja yang mengehaui.


" Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya."
(Surah Al-Hadid :22)

dan 

"  Katakan lah (Wahai Muhammad) : ' Tidak  sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami'."
(Surah At-Taubah :51)

Sesuatu yang membuat kita jadi benar maka ia tidak akan membuat kita jadi salah. Sebaliknya, apa yang membuat kita jadi salah maka ia tidak akan membuat kita jadi benar. Jika keyakinan tersebut tertanam kuat dijiwa kita dan kukuh bersemayam di dalam hati maka tiap-tiap bencana akan menjadi anugerah, tiap-tiap ujian menjadi kurnia, dan tiap-tiap peristiwa menjadi pahala dan penghargaan yang paling berharga.

Justeru itu, janganlah sesekali merasa terhimpit sedikit pun, sebab tiap-tiap keadaan pasti berubah. Dan sebaik-baik ibadah adalah menunggu kemudahan dengan sabar.Walaupun begitu, yang ghaib terus tersembunyi dan Yang maha Bijaksana tetap pada keadaan dan segala sifat-Nya. Dan Allah mungkin akan menjadikan sesuatu yang baru selepas semua itu, tetapi hendaklah jangan lupa bahawa sesungguhnya selepas kesusahan itu tetap akan muncul kemudahan.

Pergantungan hati hanyalah kepada Alla, ketekunan hati untuk berzikir kepada-Nya dan qana'ah hati adalah sebab hilangnya keresahan dan kebimbangan, sebab munculnya kelapangan hati dan sebab bagi segala hidup yang baik. Tidak ada hati yang lebih sempit dan tidak ada jiwa yang resah daripada orang yang menggantungkan hatinya kepada selain Allah.

Walau apa pun terjadi eyza berharap semua ahli keluarga yang terlibat tabah menghadapi ujian dariNya. Insyallah ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku ni.

Wassalam...

Tuesday 25 March 2014

TERAPI WARNA BANTU UBATI STRES

Assalamualaikum....

Terima kasih sebab sudi-sudi luangkan masa untuk baca entry eyza yang tak brapa nak cun nie tapi bermanfaat..(huhu masuk bakul angkat sendiri plak). Kali ini eyza nak share info berkenaan terapi stres. 

'Stress' atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar.

Walaubagaimana pun ada pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi meredakan tekanan yang dihadapi sama ada dengan mengambil ubat atau melancong atau lain-lain yang sewaktu dengannya bergantung kepada cara masing-masing. Namun tidak perlu membazir masa dan wang, cukuplah dengan cara yang lain dan unik iaitu dengan terapi warna.

Warna boleh mempengaruhi mood seseorang. Menurut Ilmu Thomas Jefferson dari University Philadelphia, meditasi atau terapi warna dapat menyingkirkan tekanan. Bahkan bukan itu sahaja, terapi warna juga dapat mengatasi rasa mengantuk dan nafsu makan yang tidak terkawal (menarik tu)...

Berikut adalah empat warna yang boleh membantu mengatasi tekanan :

Unggu Violet
Warna ini digunakan dalam terapi warna untuk menenangkan susunan saraf, otot dan menyembuhkan tekanan. Menurut national Centre for Health and Wellness, warna ini dapat mengubati bahagian badan yang mengalami tekanan.

Jigngan 
Warna ini melambangkan warna matahari yang dapat memperbaiki mood dan tumpuan. Selain itu, warna jingga dapat menenangkan perasaan takut dan cemas.

Indigo
Warna ini membantu mengatasi rasa cemas dan tekanan

Biru
Mewarnai dinding kamar dengan warna biru yang lembut akan membuat Anda rileks dan tenang, sekaligus memudahkan Anda tidur. Jika Anda mengidap insomnia, maka memasukkan warna biru pada perabot kamar sangat disarankan.

Kuning
Warna kuning akan memancarkan efek penuh semangat dan gembira. Dalam kaitannya dengan terapi stres, Warna kuning dapat mengembalikan kesegaran dari deraan depresi yang menghampiri Anda.

So lepas nie boleh la mencuba yer...





Monday 24 March 2014

MENJEMPUT REZEKI DENGAN SURAH AL-FATIHAH


Assalamualaikum….

Hari ini eyza nak share entry berkaitan dengan kelebihan mengamalkan surah Al- fatihah, semoga ia nya memberi manfaat pada anda semua…


Terdapat banyak cara yang boleh menjemput rezeki antarnya ialah dengan menlazimkan membaca surah Al-Fatihah. Surah Al-Fatihah sengaja dipilih kerana kita semua sudah menghafalnya. Pilihan mengikut kemampuan yang kita ada. So bergantunglah pada kelapangan anda. Lain orang lain kesibukkannya. Kat sini eyza bagi beberapa kaedah agar anda boleh memilih dan beramal dengan mana-mana kaedah yang berkenan dihati.

Kaedah 1:
Masa membacanya di antara solat sunat subuh dan solat subuh baca surat al- Fatihah sebanyak 41 kali di antara dua solat tersebut.

Kaedah 2:
Bacalah surah al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap kali selepas solat fardu

Kaedah3:
Membacanya di tengah malam dimana semasa anda bangun untuk solat tahhajud. Bacalah sebanyak 41 kali

Kaedah 4:
Pilihlah mana-mana waktu yang sesuai. Kemudian baca surat al-Fatihah sebanyak 313 kali. Bacalah selama 3,5 atau7 hari.  Membaca al-quran sebainya mengadap kiblat dan berwuduk


PENDINDING KETIKA TIDUR
Bacalah surah Al-Fatihah sekali, surah Al –Ikhlas 3 kali, Surah An-Nas dan Surah Al-Falaq sekalim sebelum tidur. InshaAllah terpelihara dari mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka.

Selamat beramal..

6 TIP CANTIK MESTI TAHU

Salam sejahtera,

Kali ni eyza nak share tips kecantikan yang anda perlu tahu, semoga ianya memberi manfaat kepada anda semua.

1. Guna penggaris mata warna putih untuk mengelakkan mata-mata kemerah-merahan.
2. Jika mahu menampakan ilusi tulang pipi tinggi, gunakan pemerah pipi bronzer dibawah tulang pipi dan highlighter di atas tulang pipi sebenar.
3. Sentiasa letakan dua jari di tepi hidung sebelum menyapu pemerah pipi.Itu lah titik awal pemerah pipi patut bermula.
4. Mahu kulit licin ketika ditumbuhi jerawat? Sapukan minyak tea tree untuk mengatasi masalah tersebut.
5. Untuk mengekalkan kulit bersih, pilihlah pembersih muka yang mengandungi asid salycilic
6. Gunakan srcub untuk membuang sel kulit mati. Namun bataskan penggunaanya dua hingga tiga kali seminggu sahaja bagi mengelakkan kulit kering.

Thursday 20 March 2014

AMALAN SUNAT KETIKA MUSAFIR

1. Sunat memulakan musafir pada hari khamis
    " Bahawa Rasulullah S.A.W jika ia bermusafir, jarang ia berangkat bukan pada hari khamis"
 (HR Imam al-Bukhari)

2. Sunat membawa teman ketika musafir
  Daripada Ibnu Umar r.a : 
"Bahawa Rasulullah S.A.W melarang bersendiri, ertinya bila seseorang itu menginap atau bermusafir seorang diri:
 (Riwayat Ahmad)


Baginda juga selalu membawa barang-barang berikut semasa bermusafir iaitu sebotol minyak, sikat rambut, celak, guntinng, kayu sugi dan cermin.

3. Memohon keluarga dan sahabat mendoakan keselamatan

Wednesday 19 March 2014

MENSYUKURI BUKAN MENGHITUNG






Ketahuilah bahawa sebanyak mana pun kita cuba untuk menghitung segala nikmat Allah swt, nescaya kita akhirnya akan keletihan, kepenatan dan menyerah kalah di pertengahan jalan kerana hakikatnya kita semua tidak akan mampu untuk menghitung jumlahnya sekalipun maut telah hadir menjelma di depan mata.


Firman Allah swt: 

" Sekiranya kamu cuba menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu untuk menghitungnya." 
(Ibrahim 14:34)



Tuesday 18 March 2014

7 PERKARA YANG MENJAMIN KEBAHAGIAAN DI DUNIA & AKHIRAT

1. Jangan kamu membenci seseorang, walaupun mereka membuat salah kepada kamu

2. Sentiasalah senyum walaupun hati kamu menangis

3. Bersangka baiklah, walaupun sentiasa menerima bala dan bersangka baiklah kepada Allah S.W.T

4. Berdermalah kepada semua manusia walaupun adakalanya ianya tidak dihargai

5. Hiduplah dengan keadaan yang sederhana dalam apa jua keadaan

6. Janganlah kamu gelisah sedikit pun dan perbanyakkanlah doa kepada Allah S.W.T

7. Jangan kamu lupa berdoa untuk saudara kamu semasa kamu berdoa bersendirian.

Monday 17 March 2014

DISEBALIK SENYUMAN




 Tahukah anda ? 
  •  Dengan senyuman, ia boleh membuatkan anda seolah mengenali orang yang anda tidak kenal
  • Senyuman boleh membuat anda lebih sihat kerana ia dipercayai dapat menurunkan stress dan tekanan darah menjadi lebih stabil
  •  Percaya atau tidak wanita lebih kerap senyum  berbanding lelaki 
  • Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi dan
  •  Seseorang akan merasa susah untuk marah apabila yang dimarahi memberikan sebuah senyuman yang manis.


GELORA JIWA



Hidup ibarat roda kadang di atas kadang di bawah, tak setiap masa kita berasa gembira dan nikmat hidup di dunia ini. Apabila terjatuh terasa sukar untuk bangun semula, namun berbekalkan semangat serta kekuatan yang ada dalam diri ini hidup mesti diteruskan walau apa pun yang berlaku.

Pengajaran dalam hidup telah memberi suatu pengalaman yang tidak ternilai dan berharga. Pabila berbicara tentang cinta, tiada siapa didunia ini ingin dikecewakan, ingin disakiti oleh insan yang dicintai.. tapi bagaimana jika sebuah kepercayaan yang diberikan itu dikhianati? Namun aku pasrah dengan apa yang telah berlaku, walaupun berat untuk ke terima semua ini tapi aku redha jika ini takdirku. Hanya Allah s.w.t  tempat aku mengadu dan meluahkan perasaan, walaupun kadang terasa tak tertanggung segala beban untuk ku pikul seorang diri. Mungkin ini antara adalah ujian untuk ku.

Namun aku percaya bahawa setiap yang berlaku di dunia ini  pasti ada hikmah di sebaliknya kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Dengan harapan yang tinggi dalam setiap sujud dan doa ku sering memohon agar aku dipermudahkan untuk bertemu dengan seorang ADAM yang boleh membimbingku ke jalan yang diredhai olehMu di dunia dan akhirat, yang boleh membimbing diriku dan anak-anakku suatu hari nanti. InyaAllah...

Sunday 16 March 2014

AROMA PENENANG FIKIRAN

Tahukah anda terdapat beberapa jenis aroma yang boleh dijadikan sebagai penenang fikiran atau jiwa antaranya ialah :  

Oren Memberi kesan yang lebih baikkerana ia dapat memberi rasa yang nyaman  

Lemon Dengan cara menghidu aroma lemon ia boleh membantu untuk meningkatkan tumpuanserta lebih tenang dan nyaman. Dengan secawan teh lemon dapat mengurangkan 50% tekanan yang dihadapi  

Grapefruit Dalam aromaterapi, minyak grapefruit mempunyai sifat analgesic yang boleh membantu untuk menahan sakit  

Melati Bauwan dari bunga melati dapat mengurangkan kegelisahan dan dapat mengatasi masalah manstruasi dan monopaus. Selain itu, ia juga dapat membantu melancarkan proses kontraksi untuk ibu hamil.

Lavender Ia dianggap sebagai ubat altenatif untuk mengatasi depresi. Baunya menenangkan bagi pesakit yang menderita radang sendi dan rematik dan ia juga baik untuk masalah pernafasan dan pengsan selain menghilangkan sakit kepala. Sifat mengimbangi yang terdapat didalam lavender dapat memperbaiki masalah emosional. Selain itu juga dapat ia membantu seseorang itu untuk tidur lena.  
Tips : Untuk dapatkan tidur yang lena dan nyenyak, cuba titiskan minyak lavender pada bantal dan lihatlah keberkesanannya

Coklat Aroma ini menghasilkan endorphin iaitu hormon yang membuat seseorang itu rasa bahagia. Namun anda tidak perlu memakan coklat untuk mendapatkesannya, cukup sekadar mengidu aroma pun boleh memberi kesan yang sama. Selain itu, ia juga boleh menurunkan tekanan darah.

You might also like: