Hidup
ibarat roda kadang di atas kadang di bawah, tak setiap masa kita berasa
gembira dan nikmat hidup di dunia ini. Apabila terjatuh terasa sukar
untuk bangun semula, namun berbekalkan semangat serta kekuatan yang ada
dalam diri ini hidup mesti diteruskan walau apa pun yang berlaku.
Pengajaran
dalam hidup telah memberi suatu pengalaman yang tidak ternilai dan
berharga. Pabila berbicara tentang cinta, tiada siapa didunia ini ingin
dikecewakan, ingin disakiti oleh insan yang dicintai.. tapi bagaimana
jika sebuah kepercayaan yang diberikan itu dikhianati? Namun aku pasrah
dengan apa yang telah berlaku, walaupun berat untuk ke terima semua ini
tapi aku redha jika ini takdirku. Hanya Allah s.w.t tempat aku mengadu
dan meluahkan perasaan, walaupun kadang terasa tak tertanggung segala
beban untuk ku pikul seorang diri. Mungkin ini antara adalah ujian untuk
ku.
Namun aku percaya bahawa setiap yang berlaku di dunia ini pasti ada hikmah di sebaliknya kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Dengan harapan yang tinggi dalam setiap sujud dan doa ku sering memohon agar aku dipermudahkan untuk bertemu dengan seorang ADAM yang boleh membimbingku ke jalan yang diredhai olehMu di dunia dan akhirat, yang boleh membimbing diriku dan anak-anakku suatu hari nanti. InyaAllah...

No comments:
Post a Comment