Assalamualaikum....
Terima kasih sebab sudi-sudi luangkan masa untuk baca entry eyza yang tak brapa nak cun nie tapi bermanfaat..(huhu masuk bakul angkat sendiri plak). Kali ini eyza nak share info berkenaan terapi stres.
'Stress' atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam
badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati sukar
menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk
mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar.
Walaubagaimana pun ada pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi meredakan tekanan yang dihadapi sama ada dengan mengambil ubat atau melancong atau lain-lain yang sewaktu dengannya bergantung kepada cara masing-masing. Namun tidak perlu membazir masa dan wang, cukuplah dengan cara yang lain dan unik iaitu dengan terapi warna.
Warna boleh mempengaruhi mood seseorang. Menurut Ilmu Thomas Jefferson dari University Philadelphia, meditasi atau terapi warna dapat menyingkirkan tekanan. Bahkan bukan itu sahaja, terapi warna juga dapat mengatasi rasa mengantuk dan nafsu makan yang tidak terkawal (menarik tu)...
Berikut adalah empat warna yang boleh membantu mengatasi tekanan :
Unggu Violet
Warna ini digunakan dalam terapi warna untuk menenangkan susunan saraf, otot dan menyembuhkan tekanan. Menurut national Centre for Health and Wellness, warna ini dapat mengubati bahagian badan yang mengalami tekanan.
Jigngan
Warna ini melambangkan warna matahari yang dapat memperbaiki mood dan tumpuan. Selain itu, warna jingga dapat menenangkan perasaan takut dan cemas.
Indigo
Warna ini membantu mengatasi rasa cemas dan tekanan
Biru
Mewarnai dinding kamar dengan
warna biru yang lembut akan membuat Anda rileks dan tenang, sekaligus
memudahkan Anda tidur. Jika Anda mengidap insomnia, maka memasukkan
warna biru pada perabot kamar sangat disarankan.
Kuning
Warna kuning akan memancarkan efek penuh
semangat dan gembira. Dalam kaitannya dengan terapi stres, Warna kuning
dapat mengembalikan kesegaran dari deraan depresi yang menghampiri Anda.
So lepas nie boleh la mencuba yer...
No comments:
Post a Comment