Nuffnang Ads

Sunday 29 June 2014

Salam Ramadhan 1435H

Assalamualaikum...
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi ciptaanNya yang indah ini. Tidak dilupa selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Alhamdullilah di hari yang mulia ini 1 Ramadhan 1435H,  bersyukur eyza ke atas nikmat Allah swt kerana masih diberi peluang untuk meneruskan ibadah puasa bersama semua umat Islam di bulan yang mulia ini...


Dihari yang penuh berkah, sempena menyambut kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini. Ingin sekali eyza memohon keampunan andai selama
menjalin ukhwah ada bicara yang mengguris rasa, ada gurauan yang menghiris jiwa.. eyza hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan... Semoga kehadiran Ramadhan kali ini dapat mengeratkan lagi persaudaraan sesama kita InsyaAllah..


Andai jemari tak sempat berjabat,
jika raga tak bisa bersua,
bila ada kata berbekas luka,
semoga pintu maaf masih terbuka...

Selamat Berpuasa..

Wasalam,
eyza

Thursday 12 June 2014

Atasi Haid Lambat Secara Semula Jadi

Haid berlaku apabila anda mengala pendarahan dari faraj dan setiap haid yang berlaku berbeza antara seorang wanita dengan wanita lain. Kiraan haid pula adalah selama 3-7 hari. Manakala tempoh kitaran haid ke haid seterusnya di antara 21-35 hari.

Masalah haid lambat bukanlah isu baru dan terkini dikalangan wanita. Masalah ini sudah lama dan kerap terjadi kepada sesetengah wanita. malah ia sudah dianggap perkara biasa. Tahukah anada, sebahagian wanita mengalami haid sebanyak 11-13 kali dalam setahun. Ada juga yang 'datang' dua kali dalam sebulan, sekali sebulan atau sekali dalam tempoh 2 atau 3 bulan. Malah, tarikh ini tidak sama dan jarang haid seseorang wanita itu dalam tarikh yang sama setiap bulan.

Dalam entry kali ini, eyza nak share cara mengatasi haid lambat secara semula jadi. Lamabat haid boleh terjadi kerana seseorang itu hamil ataupun mengalami masalah kesihatan lain. Stres, kurang tidur, pengambilan ubat-ubatan dan sebagainya boleh melambatkan haid. Mungkin anda boleh cuba cara ini untuk mengatasi lambat haid.

  •   Bijan & Gula Sawit
    • pengambilan bijian putih atau hitam yang dihancurkan dan dicampurkan dengan gula. Ramuan ini dapat melancarkan aliran haid dalam masa yang cepat
  • Betik
    • Buah ini dapat melancarkan haid yang tidak teratur. Cukuplah dengan memakan sebanyak 250g setiap pagi dan sebelum tidur.
  • Jintan & Gula Sawit
    • Didihkan jintan bersama gula sawit dan minum airnya. Anda juga boleh menggantikan dengan minyak jintan
  • Senaman & Omega 3
    • Lakukan senaman yang teratur dan diet yang kaya dengan antioksida dan omega 3. tambahkan dengan latiha kardio 3-4 kali seminggu.
  • Peria
    • walaupun pahit ia dapat membantu melancarkan haid.
  • Tidur Yang Cukup
    • pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap hari


semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

Sunday 8 June 2014

Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharuddin.com


Klik banner untuk penyertaan 
Sempena dengan ulangtahun perkahwinan saya yang ke-8 hari ini, saya ingin merasmikan Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com yang bermula pada hari ini 3hb Jun 2014 sehingga 30hb Jun 2014.
Khas buat Kak Syuhada n suami 
"Selamat berbulan madu n happy annivesary yang ke-8. Semoga kekal bahagia till Jannah".

Cerekadrama "Pulanglah Abah" sarat dengan pengajaran

Assalamualaikum...

Pengisian dimalam hujung minggu, layan cerkarama tv3 "Pulanglah Abah". Minggu ini berkisarkan tentang hari bapa. Pengorbanan seorang bapa dan suami untuk keluaga tercinta. Menjaga isteri yang sedang sakit kerana Alzheimer (nyayok). Mengharapkan kasih sayang anak-anak yang tinggal jauh dan sibuk dengan kerjaya masing-masing, kerana tersepit antara kerja dan tanggungjawab si suami tekad untuk mengambil pembantu rumah bagi meringankan beban yang ditanggung. Silapnya kerana mudah percayakan pembantu rumah akhirnya diri terjerat. Isteri terabai, anak dimarahi, harta tergadai dan diri terbuang. Kesalnya di atas perbuatannya, malu untuk berdepan dengan anak-anak akhirnya membawa diri untuk menjadi gelandangan.

Jalan cerita yang padat dengan pengajaran. Hati kecil yang mudah tersentuh, terus dipanjatkan doa agar perkara sebegini tidak akan terjadi pada diri dan keluarga. Dunia yang penuh pancaroba ini banyak mengajar kita untuk rasa bersyukur dengan nikmat yang diberi olehNya. 

Ketahuilah bahawa kasih sayang ibubapa kepada anak-anak tiada tandingnya, jagalah mereka selagi ada hayat ini. Gembirakan lah hati mereka walau dengan apa cara sekali pun. Sesibuk mana pun kita dengan runtin dan kerja luangkanlah sedikit masa untuk bertanya khabar dan menjengok kedua ibu bapa. Eyza rasa tak rugi sesen pun, jika kita buat mereka gembira hati kita senang hidup kita pun akan bahagia. Doa dan kasih sayang ibubapa untuk anak-anak tidak dapat dinilai dengan harta ataupun wang ringgit. Harta paling berharga bagi ibu bapa adalah anak-anak begitu juga sebaliknya. 

Terima kasih abah atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang abah berikan pada kami selama ini. Jasamu pada kami tidak mampu untuk dibalas. Hanya doa dan membuatkan abah sentiasa gembira yang mampu untuk kami lakukan. Dan buat mama, semoga roh mu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama denngan orang yang mulia disisiNya. amin..

selamat hari bapa abah... love u so much...


Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah saw bersabda maksudnya 
"Sesiapa yang ingin dipanjangkan umur dan ditambahkan rezekinya hendaklah dia berbakti kepada kedua ibu bapanya dan menyambungkan silatulrahim
Hadis riwayat Ahmad



Saturday 7 June 2014

Atasi Masalah Peluh

Berpeluh secara berlebihan boleh mengganggu aktiviti seharian. Selain itu, ia juga membuat kita berasa kurang selesa ketika berada ditempat awam atau berkomunikasi dengan orang disekeliling kerana takut ia menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Rasa rendah diri dan tidak yakin pada diri mula bertapak dalam diri. Disini eyza ingin berkongsi sedikit info mengenai peluh dan pemakan yang boleh membantu untuk mengurangkkannya.

Peluh berlebihan yang dimaksudkan ialah seseorang itu akan melihat tanda-tanda seperti tapak tangan kerap basah, bahagian atas dahi, hujung hidung dan bahagian antara bibir dan hidung berpeluh, ketiak basah dan sebagainya. Perkara ini harus dipandang serius kerana ini adalah salah satu simptom terhadap kelemahan organ dan sistem tertentu pada tubuh.


Kesan seperti ini menimbulkan beberapa kerumitan kerana seseorang terpaksa kerap mencuci cadar dan selimut kerana tempat tidur selalu basah setiap kali tidur. Pakaian terpaksa ditukar selalu dan tidak dapat disangkut kerana berpeluh. Sekiranya kandungan toksik atau urik asid berlebihan di dalam badan, peluh yang keluar akan berbau. Bau disebabkan oleh bakteria yang membiak di kawasan lembab dan berprotein (peluh juga mengeluarkan protein).



Keadaan ini menimbulkan kebimbangan dan rasa tidak selesa kepada mereka yang mengalaminya kerana ia akan memberi kesan terhadap prestasi pekerjaan seharian. Tahukah bahawa anda terdapat beberapa makanan yang boleh membantu untuk mengurangkan pengeluaran peluh. Antaranya ialah :


TIRAM - Setiap 85g hidangan tiram mencukupi 19% keperluan magnesium dan 10 kali ganda keperluan zink. (Galian ini boleh mengatasi masalah peluh berlebihan)

KUACI - Ia kelihantan seperti snek biasa tetapi kuaci kaya dengan kandungan magnesium dan zink yang berkesan mengawal peluh berlebihan

YOGURT - Produk susu yang mengandungi bakteria sihat. Pengambilan yogurt sebanyak 450ml mengandungi 37g magnesium dan zink sebanyak 1.8mg yang akan memenuhi 10% keperluan harian.

Sumber : majalah rapi Jan2014 (telah diedit oleh eyza)

Thursday 5 June 2014

CUBA TEKA????


Selamat pagi..
Semoga hari ini memberi seribu pengertian dan ianya lebih baik dari semalam..
Pagi ini, eyza nak uji minda anda skit kasi hilangkan stress...
Agaknya dapat tak anda teka gambar-gambar di bawah nie..


1. Apa yang anda nampak dalam gambar ni?




2. Berapa wajah yang anda nampak?




3. Kira bilangan wajah yang terdapat dalam gambar ini...?




4. Cari dimanakah katak tersembunyi...?



huhu... boleh tahan berpinau mata nak mencari... apapun selamat mencuba...


Sifat Sahabat Yang Harus Dihargai

Assalamualaikum..
Sahabat, kawan, friends, atau  teman merupakan istilah yang membawa maksud yang sama. Setiap orang pasti mempunyai sahabat. Sahabat adalah seseorang yang selalu menemani kita disaat suka atau pun duka. Tanpa sahabat mungkin hidup ini terasa sepi. Eyza rasa semua orang di dunia ini mempunyai sahabat, namun ketahuilah untuk mendapatkan seorang sahabat yang sejati bukanlah mudah. Kata orang, sahabat semasa suka mudah dicari tetapi sahabat semasa berduka sukar untuk ditemui.

sifat sahabat
Sungguhpun begitu, kita sebagai manusia mestilah menghargai setiap perhubungan yang terjalin. Baik buruk seseorang sahabat itu, terimalah dirinya seadanya kerana kita hanyalah manusia biasa yang tak sempurna. Jika ada kesilapan yang dilakukan tegurlah dengan cara berhemah agar tidak mengguriskan hati dan merosakkan hubungan persahabatan yang terjalin. Ketahuilah bahawa persahabatan itu ibarat sekotak crayon. Masing-masing mempunyai warna yang berbeza, tetapi cuba kita padukan, ia akan membentuk sebuah pelangi yang indah...

Antara sifat sahabat yang harus dihargai :
  1. Sahabat-sahabat yang ceria dan menceriakan
  2. Sahabat yang memberi ketenangan
  3. Sahabatyang suka berbaiksangka
  4. Sahabat yang tidak suka mengata
  5. Sahabat yang ikhlas
  6. Sahabat yang jujur
  7. Sahabat yang baik tutur katanya
  8. Sahabat yang berfikiran positif
  9. Sahabat yang baik hati dan niatnya
  10. Seorang pedengar yang baik
  11. Seorang sahabat yang berani untuk membetulkan kita ketika kita membuat kesalahan agar tidak hanyut dalam kesalah yang dilakukan.



"Sahabat yang baik itu anugerah, tak perlu yang berserban mahupun yang berpurdah, cukuplah yang selalu membimbing kita ke jalan Allah swt...."

Wasalam..

You might also like: