Berpeluh secara berlebihan boleh mengganggu aktiviti seharian. Selain itu, ia juga membuat kita berasa kurang selesa ketika berada ditempat awam atau berkomunikasi dengan orang disekeliling kerana takut ia menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Rasa rendah diri dan tidak yakin pada diri mula bertapak dalam diri. Disini eyza ingin berkongsi sedikit info mengenai peluh dan pemakan yang boleh membantu untuk mengurangkkannya.
Peluh berlebihan yang dimaksudkan ialah seseorang itu akan
melihat tanda-tanda seperti tapak tangan kerap basah, bahagian atas dahi,
hujung hidung dan bahagian antara bibir dan hidung berpeluh, ketiak basah dan
sebagainya. Perkara ini harus dipandang serius kerana ini adalah salah satu
simptom terhadap kelemahan organ dan sistem tertentu pada tubuh.
Kesan seperti ini menimbulkan beberapa kerumitan
kerana seseorang terpaksa kerap mencuci cadar dan selimut kerana tempat tidur
selalu basah setiap kali tidur. Pakaian terpaksa ditukar selalu dan tidak dapat
disangkut kerana berpeluh. Sekiranya kandungan toksik atau urik asid berlebihan
di dalam badan, peluh yang keluar akan berbau. Bau disebabkan oleh bakteria
yang membiak di kawasan lembab dan berprotein (peluh juga mengeluarkan
protein).
Keadaan ini menimbulkan kebimbangan dan rasa
tidak selesa kepada mereka yang mengalaminya kerana ia akan memberi kesan
terhadap prestasi pekerjaan seharian. Tahukah bahawa anda terdapat beberapa makanan yang boleh
membantu untuk mengurangkan pengeluaran peluh. Antaranya ialah :
TIRAM - Setiap 85g hidangan tiram mencukupi 19% keperluan magnesium dan 10 kali ganda keperluan zink. (Galian ini boleh mengatasi masalah peluh berlebihan)
KUACI - Ia kelihantan seperti snek biasa tetapi kuaci kaya dengan kandungan magnesium dan zink yang berkesan mengawal peluh berlebihan
YOGURT - Produk susu yang mengandungi bakteria sihat. Pengambilan yogurt sebanyak 450ml mengandungi 37g magnesium dan zink sebanyak 1.8mg yang akan memenuhi 10% keperluan harian.
Sumber : majalah rapi Jan2014 (telah diedit oleh eyza)
No comments:
Post a Comment