Assalamualaikum...
Pengisian dimalam hujung minggu, layan cerkarama tv3 "Pulanglah Abah". Minggu ini berkisarkan tentang hari bapa. Pengorbanan seorang bapa dan suami untuk keluaga tercinta. Menjaga isteri yang sedang sakit kerana Alzheimer (nyayok). Mengharapkan kasih sayang anak-anak yang tinggal jauh dan sibuk dengan kerjaya masing-masing, kerana tersepit antara kerja dan tanggungjawab si suami tekad untuk mengambil pembantu rumah bagi meringankan beban yang ditanggung. Silapnya kerana mudah percayakan pembantu rumah akhirnya diri terjerat. Isteri terabai, anak dimarahi, harta tergadai dan diri terbuang. Kesalnya di atas perbuatannya, malu untuk berdepan dengan anak-anak akhirnya membawa diri untuk menjadi gelandangan.
Jalan cerita yang padat dengan pengajaran. Hati kecil yang mudah tersentuh, terus dipanjatkan doa agar perkara sebegini tidak akan terjadi pada diri dan keluarga. Dunia yang penuh pancaroba ini banyak mengajar kita untuk rasa bersyukur dengan nikmat yang diberi olehNya.
Ketahuilah bahawa kasih sayang ibubapa kepada anak-anak tiada tandingnya, jagalah mereka selagi ada hayat ini. Gembirakan lah hati mereka walau dengan apa cara sekali pun. Sesibuk mana pun kita dengan runtin dan kerja luangkanlah sedikit masa untuk bertanya khabar dan menjengok kedua ibu bapa. Eyza rasa tak rugi sesen pun, jika kita buat mereka gembira hati kita senang hidup kita pun akan bahagia. Doa dan kasih sayang ibubapa untuk anak-anak tidak dapat dinilai dengan harta ataupun wang ringgit. Harta paling berharga bagi ibu bapa adalah anak-anak begitu juga sebaliknya.
Terima kasih abah atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang abah berikan pada kami selama ini. Jasamu pada kami tidak mampu untuk dibalas. Hanya doa dan membuatkan abah sentiasa gembira yang mampu untuk kami lakukan. Dan buat mama, semoga roh mu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama denngan orang yang mulia disisiNya. amin..
selamat hari bapa abah... love u so much...
Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah saw bersabda maksudnya
"Sesiapa yang ingin dipanjangkan umur dan ditambahkan rezekinya hendaklah dia berbakti kepada kedua ibu bapanya dan menyambungkan silatulrahim"
Hadis riwayat Ahmad
No comments:
Post a Comment