Nuffnang Ads

Wednesday, 2 April 2014

MELEGAKAN STRES SECARA SEMULAJADI

Assalamualaikum...

Sejak dua menjak ni banyak sangat kerja kat pejabat yang nak kena selesaikan. Keadaan yang tak menentu macam ni boleh menyebabkan kita menjadi stres. So, eyza nak share skit info berkaitan cara nak melega kan stres secara semula jadi dengan tanpa penggunaan ubat-ubatan yang boleh mengundang pelbagai risiko jika tidak betul penggunaanya..

Tahukah anda bahawa wanita lebih berisiko untuk mengalami stres jika dibandingan dengan lelaki. Stres  adalah merupakan penyakit yang tidak dapat menyelesaikan masalah dari peringkat awal lagi. Ia juga dikategorikan sebagai penyakit yang serius jika dibiarkan berlarutan kerana ia mengundang seseorang untuk terjebak dengan masalah kemurungan dan hipertensi (darah tinggi).


Terdapat pelbagai cara secara semula jadi yang boleh digunakan untuk mengurangkan stres, antaranya ialah:

1.  Solat
Bagi orang Islam solat adalah cara terbaik untuk mereda stres. Beribadah, mendekatkan diri dan mengadu kepada Allah swt akan memberi ketengan anda ketenangan yang abadi. Luahkan sahaja masalah yang anda hadapi dan mohonlah petunjuk dari-Nya agar hidup anda tidak lagi menjadi buntu.

2.  Hobi
Tahukah anada bahawa hobi merupakan satu cara  untuk mengusir stres yang sedang dibelenggu pada diri anda. Sebagi contoh melancong, mengembara atau memasak. Lakukan semasa stres sedang stres nescara anda mampu menengangkan diri kerana asyik melayan hobi tersebut.

3.  Tidur
Dapatkan tidur yang cukup ini kerana jika anda penat, agak sukar untuk mengendalikan stres. Tidur yang mencukupi membolehkan kita menumpukan perhatian dan melihat kembali suatu permasalahan dan menyelesaikan nya… Insya-Allah.

4.  Berehat
Ambil sedikit masa untuk merehatkan diri dan minda. Dengan cara menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya secara perlahan-lahan dapat membantu anda untuk jadi lebih tenang. Lakukan secara berulang-ulang. Anda juga boleh cuba untuk melegakannya dengan merehatkan diri di spa dengan urutan aroma terapi.

5.  Ketawa
Jangan tetiba anda ketawa seorang diri pulak, nanti orang sekeliling anda menganggap anda kurang sioman. Cuba untuk menonton filem/ video yang berunsur komedi atau baca bahan bacaan yang mempunyai unsur lawak jenaka agar boleh membuat anda ketawa.

6.  Sahabat
Stres tidak harus disimpan seorang diri. Carilah sahabat yang boleh dipercayai untuk mengadu jika perlu. Ketahuilah bahawa bukan semua masalah yang kita alami boleh dikongsikan dengan semua orang. Tetapi dengan cara meluahkannya mampu melegakan anda daripada terus bersarang di dalam diri. Jika tidak mampu, luahkannya dengan cara penulisan.. Insya-Allah (part nie eyza paling suka lakukan jika stres ).

Ketahuilah bahawa setiap masalah yang berlaku mempunyai jalan penyelesaiannya. Cuma bagaimana untuk menyelesaikkannya adalah bergantung kepada diri anda sendiri. Luangkan sedikit masa untuk merehatkan minda agar anda dapat mencari jalan penyelesaian masalah dengan cara yang lebih rasional.
Dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Bijak menanggani stress, jangan terlalu memaksa diri ambil dan sedikit masa untuk menyelesaikanya.

Semoga perkongsian ini memberi seribu satu manfaat kepada anda.

 Wassalam….

No comments:

You might also like: