Nuffnang Ads

Monday, 7 April 2014

Jadilah Orang Yang Disenangi & Disayangi

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus bernafas dimuka bumi pinjaman Allah swt ini. Sejak kebelakangan ini banyak perkara yang tak diduga berlaku. Namun semua itu diharungi dengan penuh ketabahan dan kesabaran. 


Lumrah kehidupan, semua orang ingin disayangi dan disenangi. Begitu juga eyza, namun ketahuilah bahawa tak semua perkara yang kita lakukan akan disenangi oleh orang disekeliling dan harapan akan tinggal harapan jika kita tidak meletakkan diri sebagai seorang yang mempunyai ciri-ciri manusia yang disenangi oleh orang lain. 

Kadang - kadang kita cuba berwatak agar orang lain menyukai kita (pendek kata HIPOKRIT), namun apa yang diterima sebaliknya. Sebenarnya orang lain akan memerhatikan kita dari segi pemikiran, sikap dan tindakan yang kita lakukan. Mungkin dengan memberikan sebuah senyuman, orang lain akan terpikat dengan tindakan sedemikian.

Namun jika kita ingin disenangi dan disayangi orang lain, kita perlu mempunyai pakej tersendiri. Eyza nak share beberapa tip yang boleh membantu agar kita sering disenangi dan disayangi oleh orang sekeliling.

Sentiasa jujur
Dalam kehidupan ini kejujuran adalah perkara paling penting yang perlu kita jaga. Tak kira lah pada diri sendiri atau orang sekeliling. Jujur bermaksud ikhlas dalam memberi pertolongan, nasihat atau bimbingan tanpa mengharapkan sebarang pembalasan. Kejujuran akan terserlah jika kita melakukan sesuatu aktiviti atau tugasan dengan amanah dan bertanggungjawab. Insya-Allah dengan ini kita akan sentiasa disenangi.

Berfikiran Positif
Orang yang hebat sentiasa optimis dan positif dalam pemikiran, sikap dan amalannya. Sentiasa berbaik sangka pada orang sekeliling akan membantu untuk meningkatkan motivasi diri. Tumpukan kepada kekuatan bukannya mencari kelemahan. Kualiti seseorang akan dinilai menerusi bantuan atau pertolongan yang dihulurkan. Ingatlah jangan menunggu permintaan seseorang dalam mengharapkan  bantuan.

Merendah diri dan pemaaf 
Seorang yang berhemah akan sentiasa merendah diri terutama ketika berbicara. Jangan terlalu menonjolkan kehebatan dan kelebihan yang ada pada diri. Jadilah seorang yang pemaaf dan mudah untuk meminta maaf jika melakukan kesilapan.


No comments:

You might also like: