Hidup ibarat sebuah pentas drama dan panggung
sandiwara dimana tertulis tentang pelbagai kisah ketika mulai melangkah bersama
sang waktu dalam melewati hari, lalu catatan kisah itu kadang bersandarkan pada
ruang hati dan bersembunyi dibenak fikiran. Banyak perkara yang tak diduga
hadir untuk mewarnai kehidupan yang kerdil ini. Suka atau duka tetap diharungi
dengan rasa tabah dan syukur. Syukur kerana masih beri peluang untuk merasa
nikmat kehidupan didunia yang indah ini.

Relevannya eyza berkata sebegitu kerana;
Secara umumnya, tak kiralah apa puncanya
(masalah/krisis cinta, keluarga, rakan atau apapun). Bagi orang yang waras,
fail masa lalu itu sepatutnya disimpan, bukannya dibuka dan terus dipersoalkan.
Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung didalam penjara kelupaan,
diikat dengan tali dan dikurung dalam almari agar ia tidak dapat keluar lagi.
Maka ia tidak mungkin akan mengembalikan kesedihan, tidak dapat diubah dan
diperbaiki dengan apa jua kedukaan, tidak dapat hadirkan semula dengan apa jua
kegelisahan dan tidak akan dapat dihidupkan semula dengan apa jua kebingungan
kerana ia merupakan suatu yang sudah tiada.
Jangan biarkan diri ini dihantui masa lalu,
jangan biarkan diri ini sentiasa dibayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu.
Lepaskan lah diri anda dari pengaruh dan bayangan masa lampau.
Sesungguhnya meratapi masa lalu dan menangisinya akan membuat anda cepat rasa
berputus asa. Kembali ke masa lalu sama sahaja dengan meletakkan diri anda
dalam kemelut dan tragedi yang menakutkan. Semua orang miliki kisah silam yang
membezakannswtya adalah jalan ceritanya dan bagai mana kita menghadapinya.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda
semua...
No comments:
Post a Comment