Hari-hari yang dilalui penuh dengan pelbagai ujian dan cabaran. Menempuhinya dengan sabar dan tabah adalah kunci untuk mencapai kejayaan. Bersyukur kehadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dimuka bumi yang indah ini.
Berbicara tentang kepercayaan dalam sesebuah perhubungan. Kepercayaan merupakan aset paling berharga dalam perhubungan tak kiralah ianya hubungan persahabatan, percintaan atau suami isteri sekalipun. Kepercayaan ialah meletakkan keyakinan kepada seseorang/sesuatu bahawa ia wujud, ada, dan melakukan apa yang kita yakini dan dengan adanya kepercayaan ini, kita dapat berkerjasama, saling memahami dan mencapai kejayaan yang kita sama-sama impikan. Dan ketahuilah bahawa untuk mendapat kepercayaan dari seseorang bukanlah suatu perkara yang mudah.
Kadang-kadang apa yang berlaku dalam hidup ini buat kita jadi lebih berhati-hati. Begitu juga dengan eyza, ada beberapa perkara yang buat eyza rasa susah untuk meletakkan sepenuh kepercayaan dalam sesuatu perkara/hubungan. Kata orang sebanyak mana pun kita percaya pada sesorang kita perlu untuk meletakan sedikit rasa ragu dalam hubungan itu agar tidak kecewa apa bila dikhianati. Namun begitu perasaan ragu-ragu itu ada baiknya dalam hubungan kerana ia boleh memberikan kesan positif tetapi yang menakutkan ialah ia memberikan kesan negatif lebih banyak daripada kesan positif. Sungguh pun begitu ianya bergantung kepada diri kita sendiri sama ada untuk membuatnya jadi lebih baik atau sebaliknya.
Walau bagaimana pun kita harus memperbaikinya, kerana bukan semua orang sama, masih ada orang yang jujur di dunia ini dan sekiranya kita hendak hubungan kita berjalan lancar, dan berkekalan, terapkan lah rasa percaya itu dalam hati kerna ia bukan saja perkara yang baik, malah memberikan ketenangan kepada kita. Tidak perlu kita berasa sangsi dan serabutkan fikiran dengan perasaan tidak percaya itu.
"Ketika sesorang yang sangat kamu percaya mendustaimu,
percayalah bahawa kamu tengah belajar untuk lebih percaya pada dirimu sendiri"
Ketahuilah bahawa apa yang berlaku dalam hidup kita nie membuatkan kita menjadi lebih matang dalam sesuatu perkara....
No comments:
Post a Comment