Nuffnang Ads

Tuesday, 22 July 2014

Doakan Yang Terbaik MH17



Assalamualaikum..

doa

Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk mencoretkan apa yang berlegar kat fikiran eyza ni. Syukur kehadrat Illahi kerana masih diberi ruang dan peluang untuk terus menikmati hidup yang indah dan penuh pancaroba ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Semoga apa yang dilalui semalam memberi seribu satu pengajaran dan iktibar agar bersedia untuk melalui hari-hari yang akan datang.

Misteri kehilangan MAS MH370 masih lagi menjadi misteri. Kini, sekali lagi negara kita dikejutkan dengan berita yang kehilangan sebuah lagi pesawat MAS MH17 akibat ditembak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak perikemanusiaan. Rasa sedih dan bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa dan keluarga. Ketahuilah bahawa siapa pun yang inginkan perkara sebegini terjadi, namun dengan kehendak Yang Maha Esa perkara ini terjadi. Semua yang berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya dan Dia sedang menguji umatnya.

Dalam menempuhi dunia yang penuh pancaroba, di bulan Ramadhan yang mulia ini sama-sama lah kita berdoa supaya semua usaha menyelamat dan menyiasat apa yang telah berlaku ke atas pesawat MH17 dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Sekarang ini bukanlah masa yang sesuai untuk menunding jari mencari siapa yang bersalah. Mereka yang bersalah pasti akan menerima hukumannya nanti. Hentikanlah spekulasi-spekulasi yang boleh mengguriskan perasaan ahli keluarga mangsa. Semaikanlah dalam diri ini dengan sifat 'empathy' agar kita dapat merasai akan perasaan meraka yang sedang lalui. Redha dengan ketentuan qada' dan qadar adalah yang terbaik. Ketahuilah bahawa Allah swt adalah sebaik-baik perancang, dan Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.


"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia mengkehendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu : Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi." 

Surah Yasin: 82

p/s : Ini hanyalah pandangan secara peribadi eyza sahaja. Doakan yang terbaik buat mangsa-mangsa yang terlibat dengan MH17..Bagi yang beragama islam semoga roh mereka dicucuri rahmat...amin

Wasalam

No comments:

You might also like: