Nuffnang Ads

Wednesday, 30 April 2014

Shopping Vs Wanita



Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk menikmati keindahan ciptaan Yang Maha Esa... Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw

'Shopping' perkataan yang sering kita dengar dan sering dikaitkan dengan perempuan... Betul ke orang perempuan ni kuat shopping? Emm...macam mana pulak dengan lelaki? Eyza rase kaum lelaki pun apa kurangnya kan..jangan marah yerk...Siapa yang kuat shopping bukan lah isunye.

Bukan apa, cuma nak mengingatkan jer..tak salah jika nak bershopping tapi biarlah berpada pada dan ikut keperluan sahaja...tak perlu lah nak membazir, itukan amalan syaitan...

Tahukah anda bahawa shopping boleh dijadikan suatu terapi di kala stress. Walau bagaimanapun ia bergantung pada persepsi masing- masing. Itu cuma pendapat eyza, bagi eyza shopping tak semestinye kena berbelanja banyak barang, cukup sekadar membeli keperluan sahaja.. Sekurang- kurangnya rase hilang la sekejap masalah yang bertapak dalam fikiran nie...


Wednesday, 23 April 2014

Mengapa Sukar Untuk Mengaku Kesilapan

Assalamualaikum...

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya masih dapat terus bernafas di muka bumi yang indah ini. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw. Sejak akhir-akhir ini banyak perkara yang berlaku. Namun semua itu di harungi dengan penuh rasa tabah dan syukur.

Gambar Hiasan
Dunia hari ini penuh dengan pelbagai ragam manusia. Ada beberapa perkara yang menjadi persoalan pada eyza antaranya ialah mengapa manusia sukar untuk mengaku kesilapan. Kadang kadang eyza sendiri pun tak terlepas dari menghadapinya. Ye la kita bila ada masalah jer mesti akan menunding jari mencari salah orang lain. Antara ayat yang selalu boleh dengar ialah : "kau lah punca semua ni berlaku", " ni semua nya salah kau","klo bukan sebab kau semua ni tak kan jadi" dan macam-macam lagi lah. Kenapa tak cakap "ni semua silap saya?", "maaf di atas kecuaian saya", sukar ke nak mengaku salah? 

Ermm kita ni manusia biasa yang tak sempurna, namun apa salah nya jika lebih berfikiran positif dalam apa jua perkara yang berlaku. Kerana semua ini ada hikmah di sebaliknya. Cuba bila ada masalah, kita dok and flashback balik mana silapnya, kadang-kadang masalah yang berlaku tu sebenarnya datang dari diri kita sendiri, kegagalan kita dalam menanggani nya.. muhasabah diri dan cari jalan penyelesaian adalah lebih baik dari terus menunding jari dan mencari salah orang lain atas kesilapan sendiri adalah suatu sikap patut dielak..

Kita sebagai umat islam terdapat banyak cara yang boleh digunakan bila kita sedang hadapi masalah iaitu;

1. Banyakkan beristighfar
2. Solat, berdoa dan mohonlah petunjuk dari Allah swt.
3. Dapatkan nasihat/ pandangan keluarga atau kawan dalam menanggani masalah..


Setia Hingga Hujung Nyawa



Tuesday, 22 April 2014

Manfaat Teh Untuk Kecantikan

Teh merupakan minuman untuk kesegaran, selain itu ia juga mempunyai manfaat yang tersendiri untuk kecantikan antaranya ialah :

Mengurangkan sakit pada luka melecur
Cara :Lekapkan uncang teh yang basah ke kawasan yang melecur  kira-kira 5 minit  dan ulangi beberapa kali sehingga anda dapat rasa sakit melecur tadi berkurangan. Teh mengandungi bahan anti bakteria. Cara ini juga selamat pada kanak-kanak.


Mengatasi mata yang penat
Cara : Merendam dua uncang teh dalam air panas dan sejukkan. Setelah sejuk lekapkan uncang teh tersebut ke mata selama 15-20 minit.

Sebagai ubat kumur
Cara : Teh boleh dijadikan ubat kumur yang cukup efektif, Kumur teh yang beraroma seperti pudina atau teh yang dicampurkan dengan garam


Mencantikkan kaki
Cara : Rendam kaki dengan teh komomil yang dicampur dengan garam. Ia membantu untuk membuat kaki kelihatan bermaya dan cantik

Membantu menghilangkan parut
Cara : Parut luka terkena pisau atau melecur boleh diatasi dengan meletakkan uncang teh basah pada kawasan luka.

Kulit kepala sihat dengan teh
Cara : Panaskan setengah cawan minyak zaitun di dalam kuali. Campurkan dua sudu teh lavender yang telah ditumbuk dan dua isi uncang teh pudina. Jangan didihkan. Urut bahan ini pada kulit kepala. Bungkus rambut dengan penutup kepala selama 20 minit atau lebih. Bilas rambut dan keringkan. Lakukan sebulan sekali agar kulit kepala sihat dan menguatkan akar rambut.

Teh sebagai rawatan wajah
Cara : Campur satu sudu kecil oat halus bersama teh herba wangi bagi membuat skrub muka. Biar kering dan bilas. Bagaimanapun jangan lakukan jika kulit anda sensitif. atau anda boleh juga membuat pes segar atau masker dengan mencampurkan teh herba wangi bersama susu tepung. Gosok pada muka dan biar kering. Selepas itu bersihkan dengan tisu sebelum membasuh muka.

semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda....

Monday, 21 April 2014

Apa Yang Sudah Berlalu, Biarkanlah Terus Berlalu

 Hidup ibarat sebuah pentas drama dan panggung sandiwara dimana tertulis tentang pelbagai kisah ketika mulai melangkah bersama sang waktu dalam melewati hari, lalu catatan kisah itu kadang bersandarkan pada ruang hati dan bersembunyi dibenak fikiran. Banyak perkara yang tak diduga hadir untuk mewarnai kehidupan yang kerdil ini. Suka atau duka tetap diharungi dengan rasa tabah dan syukur. Syukur kerana masih beri peluang untuk merasa nikmat kehidupan didunia yang indah ini.

Perkara gembira yang dilalui diingati sebagai sebuah kenangan yang terindah dalam menjalani kehidupan. Namun perkara-perkara yang menyedihkan dijadikan sebagai pengajaran dan pedoman buat hari-hari akan datang, yang berlalu biarlah ia pergi bersama waktu. Mengingat masa lalu yang dan bersedih hati kerananya adalah suatu tindakan yang patut dielak, lebih dari itu ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan kita. 

Relevannya eyza berkata sebegitu kerana; 

Secara umumnya, tak kiralah apa puncanya (masalah/krisis cinta, keluarga, rakan atau apapun). Bagi orang yang waras, fail masa lalu itu sepatutnya disimpan, bukannya dibuka dan terus dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung didalam penjara kelupaan, diikat dengan tali dan dikurung dalam almari agar ia tidak dapat keluar lagi. Maka ia tidak mungkin akan mengembalikan kesedihan, tidak dapat diubah dan diperbaiki dengan apa jua kedukaan, tidak dapat hadirkan semula dengan apa jua kegelisahan dan tidak akan dapat dihidupkan semula dengan apa jua kebingungan kerana ia merupakan suatu yang sudah tiada.

Jangan biarkan diri ini dihantui masa lalu, jangan biarkan diri ini sentiasa dibayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu. Lepaskan lah diri anda  dari pengaruh dan bayangan masa lampau. Sesungguhnya meratapi masa lalu dan menangisinya akan membuat anda cepat rasa berputus asa. Kembali ke masa lalu sama sahaja dengan meletakkan diri anda dalam kemelut dan tragedi yang menakutkan. Semua orang miliki kisah silam yang membezakannswtya adalah jalan ceritanya dan bagai mana kita menghadapinya.

Sesungguhnya kita tidak perlu menoleh atau berpaling ke belakang, menggungkit kembali apa yang telah berlaku, tak perlu nak terus bersedih atau berputus asa kerana perjalanan hidup ini masih panjang. Yakinlah  pada diri ini bahawa kita mampu untuk melaluinya kerana Allah swt tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah swt tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya, jadi Allah swt berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah swt  kepada kita sebagai hambaNya. Allah swt menguji seseorang bukan kerana Allah swt benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah swt sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda semua...


Sunday, 20 April 2014

Salam Perkenalan


Assalamualaikum..



Hari ni eyza nak wat sesi suai kenal skit, al-maklumlah dah dua bulan buat blog tapi belum memperkenalkan diri lagi. Nama saya eyza, pemilik blog asampedas-masammanis.blogspot.com. Blog diwujudkan dengan tujuan sebagai tempat untuk meluahkan pandangan dan pendapat secara peribadi mengenai apa jer yang berlaku disekeliling dan yang berlegar-legar kat fikiran nie.

Salam perkenalan, salam ukhwah buat semua yang sudi menjengok dan baca entry-entry kat blog eyza yang tak brapa nak cun dan kekadang merapu dan meraban ntah apa-apa... baru blajar nak buat blog la katakan... hehe


Jika ada pandangan atau kritikan jangan la segan-segan atau malu-malu untuk meninggalkan komen. Kerana ia membantu untuk eyza menambahbaikan lagi mana yang terkurang..InsyaAllah....

Salam Perkenalan,
eyza





Wednesday, 16 April 2014

Wordless Wednesday

Assalamualaikum..

Semoga hari ini memberi seribu erti dalam menjalani kehidupan..






Friday, 11 April 2014

Jangan Pilih Jalan Mudah Dalam Menanggani Masalah



Bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas dimuka bumi milikNya yang indah ini. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw. Semoga hari jumaat yang mulia ini memberi seribu satu erti dalam menjalani ibadah dan kehidupan.

Pagi ni eyza ada baca metro online. Main page artikel yang bertajuk 'PIL TAMBAH DOSA'.  Kadang-kadang apa yang berlaku hari susah nak ditafsirkan, banyak perkara yang tak diduga berlaku. Kita sebagai manusia perlulah sentiasa rasa bersyukur dengan nikmat hidup yang telah dianugerahkan oleh Yang Maha Pencipta. Sentiasa bermuhasabah agar tidak terus hanyut dalam nikmat dunia.

Berzina, mengandung anak luar nikah, terjebak dalam gejala sosial dan macam-macam lagi. Kadang-kadang bila dengar berita sebegini eyza rasa takut dengan apa yang terjadi. Takut diri, keluarga dan sahabat menjadi mangsa.  Nauzubillahi min zalik”

Tapi eyza rasa terpanggil untuk menyuarakan pendapat tentang isu ini kerana eyza rasa masih banyak lagi jalan penyelesaian yang boleh kita lakukan. Jangan mengambil keputusan atau jalan yang singgat untuk menyelesaikan masalah antaranya ialah dengan merujuk pada keluarga, kaunselor atau pakar psikologi dan sebagainya bagi membantu dalam menanggani masalah yang sedang dialami. Janganlah pilih jalan yang mudah untuk menyelesaikan masalah kerana ia boleh memudaratkan diri dan orang sekeliling dan janganlah ditambahkan lagi dosa yang sedia ada. Mohonlah pada Yang Esa kerana ia Maha Mendengar dan Maha Pengampun.


Hidup ini masih panjang perjalanannya dan kita tak tahu apa yang akan berlaku pada kita dimasa akan datang kerana itu adalah rahsia Allah swt. Kita sebagai hambanya berusaha lah untuk menjadi yang terbaik dan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan. Ketahuilah bahawa tiada insan yang sempurna didunia ini tapi bagaimana untuk menjadi sempurna adalah bergantung pada diri sendiri iaitu sempurna di sisi agama dan Allah swt dengan melaksanakan segala perintahNya. InsyaAllah.. (macam tazkirah dihari jumaat la plak). Erm apapun ini hanya pandangan peribadi eyza sahaja. Semoga ia memberi seribu satu iktibar tentang kejadian yang berlaku.

Amalan Sunat Hari Jumaat


Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, perlu berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.

Jadi di hari jumaat yang mulia ini iaitu penghulu segala hari, eyza nak share skit  amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan pada hari Jumaat. Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin.

  • Mandi dan membersihkan diri bagi yang mahu menunaikan solat Jumaat
  • Memoton kuku
  • Mencabut bulu ketiak/ Memotong misai / Mencukur bulu ari-ari
  • Memakai wangi-wangian dan minyak rambut
  • Memakai pakaian yang bersih dan cantik
  • Membaca surah al-Kahfi  pada malam jumaat dan siangnya
  • Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw
  • Memperbanyakkan doa
  • Memperbanyakan amalan kebaikan seperti sedekah
  • Datang awal ke masjid
  • Mendirikan solat sunat Tahiyyatul Masjid

Tuesday, 8 April 2014

Pentingnya Kepercayaan Dalam Sebuah Hubungan

Hari-hari yang dilalui penuh dengan pelbagai ujian dan cabaran. Menempuhinya dengan sabar dan tabah adalah kunci untuk mencapai kejayaan. Bersyukur kehadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dimuka bumi yang indah ini. 

Berbicara tentang kepercayaan dalam sesebuah perhubungan.  Kepercayaan merupakan aset paling berharga dalam perhubungan tak kiralah ianya hubungan persahabatan, percintaan atau suami isteri sekalipun. Kepercayaan ialah meletakkan keyakinan kepada seseorang/sesuatu bahawa ia wujud, ada, dan melakukan apa yang kita yakini dan dengan adanya kepercayaan ini, kita dapat berkerjasama, saling memahami dan mencapai kejayaan yang kita sama-sama impikan. Dan ketahuilah bahawa untuk mendapat kepercayaan dari seseorang bukanlah suatu perkara yang mudah.

Kadang-kadang apa yang berlaku dalam hidup ini buat kita jadi lebih berhati-hati. Begitu juga dengan eyza, ada beberapa perkara yang buat eyza rasa susah untuk meletakkan sepenuh kepercayaan dalam sesuatu perkara/hubungan. Kata orang sebanyak mana pun kita percaya pada sesorang kita perlu untuk meletakan sedikit rasa ragu dalam hubungan itu agar tidak kecewa apa bila dikhianati. Namun begitu perasaan ragu-ragu itu ada baiknya dalam hubungan kerana ia boleh memberikan kesan positif tetapi yang menakutkan ialah ia memberikan kesan negatif lebih banyak daripada kesan positif. Sungguh pun begitu ianya bergantung kepada diri kita sendiri sama ada untuk membuatnya jadi lebih baik atau sebaliknya.

Walau bagaimana pun kita harus memperbaikinya, kerana bukan semua orang sama, masih ada orang yang jujur di dunia ini dan sekiranya kita hendak hubungan kita berjalan lancar, dan berkekalan, terapkan lah rasa percaya itu dalam hati kerna ia bukan saja perkara yang baik, malah memberikan ketenangan kepada kita. Tidak perlu kita berasa sangsi dan serabutkan fikiran dengan perasaan tidak percaya itu.


"Ketika sesorang yang sangat kamu percaya mendustaimu,
 percayalah bahawa kamu tengah belajar untuk lebih percaya pada dirimu sendiri"


Ketahuilah bahawa apa yang berlaku dalam hidup kita nie membuatkan kita menjadi lebih matang dalam sesuatu perkara....


Rahsia Bentuk Kuku

Kuku merupakan salah satu bahagian yang memerlukan perhatian bagi seseorang individu itu kelihatan hebat dan menarik, seperti juga wajah yang perlu kelihatan cantik dan berseri. Kuku juga memerlukan penjagaan khusus agar sihat dan cantik tanpa gangguan penyakit seperti fungus.

Tahukah anda bahawa bentuk kuku yang berbeza bagi setiap orang mempunyai  makna yang tersirat. Dengan ini kita boleh kenali watak seseorang dengan melihat bentuk kukunya.
 
Kuku yang baik, rapi dan indah :

Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.

Bentuk kuku pendek tetapi lebar :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.

Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :

Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.

Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :
Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

Bentuk kuku bersegi tetapi rata :
Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

Bentuk kuku langsing :
Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa malang dan kurang berwibawa.

Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :
Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar, pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.

Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

Bentuk kuku bersegi bahagian bawah sedikit runcing :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.

Bentuk kuku besar dan banyak garisan :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidak selama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.

Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :
Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati di sebarang tempat.

Bentuk kuku seperti kikir :
Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.

Kuku yang banyak titik-titiknya di bahagian bawah kelihatan hitam :
Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Ingat ini hanyalah andaian sahaja.

Monday, 7 April 2014

Jadilah Orang Yang Disenangi & Disayangi

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus bernafas dimuka bumi pinjaman Allah swt ini. Sejak kebelakangan ini banyak perkara yang tak diduga berlaku. Namun semua itu diharungi dengan penuh ketabahan dan kesabaran. 


Lumrah kehidupan, semua orang ingin disayangi dan disenangi. Begitu juga eyza, namun ketahuilah bahawa tak semua perkara yang kita lakukan akan disenangi oleh orang disekeliling dan harapan akan tinggal harapan jika kita tidak meletakkan diri sebagai seorang yang mempunyai ciri-ciri manusia yang disenangi oleh orang lain. 

Kadang - kadang kita cuba berwatak agar orang lain menyukai kita (pendek kata HIPOKRIT), namun apa yang diterima sebaliknya. Sebenarnya orang lain akan memerhatikan kita dari segi pemikiran, sikap dan tindakan yang kita lakukan. Mungkin dengan memberikan sebuah senyuman, orang lain akan terpikat dengan tindakan sedemikian.

Namun jika kita ingin disenangi dan disayangi orang lain, kita perlu mempunyai pakej tersendiri. Eyza nak share beberapa tip yang boleh membantu agar kita sering disenangi dan disayangi oleh orang sekeliling.

Sentiasa jujur
Dalam kehidupan ini kejujuran adalah perkara paling penting yang perlu kita jaga. Tak kira lah pada diri sendiri atau orang sekeliling. Jujur bermaksud ikhlas dalam memberi pertolongan, nasihat atau bimbingan tanpa mengharapkan sebarang pembalasan. Kejujuran akan terserlah jika kita melakukan sesuatu aktiviti atau tugasan dengan amanah dan bertanggungjawab. Insya-Allah dengan ini kita akan sentiasa disenangi.

Berfikiran Positif
Orang yang hebat sentiasa optimis dan positif dalam pemikiran, sikap dan amalannya. Sentiasa berbaik sangka pada orang sekeliling akan membantu untuk meningkatkan motivasi diri. Tumpukan kepada kekuatan bukannya mencari kelemahan. Kualiti seseorang akan dinilai menerusi bantuan atau pertolongan yang dihulurkan. Ingatlah jangan menunggu permintaan seseorang dalam mengharapkan  bantuan.

Merendah diri dan pemaaf 
Seorang yang berhemah akan sentiasa merendah diri terutama ketika berbicara. Jangan terlalu menonjolkan kehebatan dan kelebihan yang ada pada diri. Jadilah seorang yang pemaaf dan mudah untuk meminta maaf jika melakukan kesilapan.


Sunday, 6 April 2014

Masih Mencintainya...

Kadang-kadang apa yang berlaku dalam hidup ini sukar untuk diungkapkan dan diluahkan dengan kata-kata, so lirik lagu dijadikan sebagai pengganti...


Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Namun kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya


Lirik Lagu :Papinka

Wednesday, 2 April 2014

KHASIAT JINTAN PUTIH DAN JINTAN MANIS



Selain penggunaannya dalam masakan jitan putih atau jintan manis juga mempunyai banyak khasiat antaranya ialah :

Ø  Tahukah anda bahawa jintan  putih dan jintan manis mempunyai cirri anti kenser yang kuat.
Ø  Penyakit amnesia sering disyorkan untuk memasukan jintan putih atau jintan manis dalam diet harian mereka kerana ia boleh membantu mempercepatkan proses pemulihan
Ø  Ia juga mampu meransang kitaran haid dikalangan wanita dan
Ø  Selain itu juga, ia boleh berfungsi untuk mengurangkan kahak dan mengurangkan penyakit tertentu seperti asma atau bronkitis.


You might also like: