Apabila ku duduk termenung seorang diri
Menghayati keindahan malam ciptaan Illahi
Mengira bintang yang menghiasi langit malam
Jauh dari kesibukan kota...
Alangkah indah jika hidup yang dilalui ini
Tiada masalah dan cabaran yang perlu ditempuhi
Sungguhpun begitu perjalanan hidup ini telah tertulis oleh Pencipta Yang Maha Esa
Suka dan duka perlu ku harungi jua
Namun ia bergantung pada diri ini adakah mahu jadi yang terbaik atau sebaliknya
Setiap yang berlaku pasti ada pengajaran dan hikmah yang tersembunyi
Yang akan mengajar akan erti sebuah kehidupan
Kita sebagai hambaNya perlulah sentiasa rasa syukur akan segala nikmat yang dikurniakan
Jangan sesekali mengeluh atau merungut
Jadilah hamba yang taat dan patuh akan perintahnya
Nescaya suatu hari nanti akan ada sinar bahagia yang menanti...
Sekian saja coretan yang kelam kabut ini..
Eyza tak pandai nak menyusun ayat
Cuma ingin meluahkan dan kongsi apa yang berlegar kat fikiran saja...
No comments:
Post a Comment