Nuffnang Ads

Friday 16 May 2014

Terima Kasih Cikgu

Terima Kasih Cikgu
Terima Kasih Cikgu

Terima kasih Cikgu,
Kau ibarat lilin yang membakar diri
Memberi bimbingan dan didikan kami
Menahan sabar akan kerenah dan kedegilan kami 
Namun tak tidak mengenal erti berputus asa dalam mendidik anak bangsa

Terima kasih Cikgu,
Kau ibarat cahaya yang menerangi
Memberi sinar dan harapan untuk kami dalam memcapai sebuah kejayaan
Kau tak pernah mengenal erti penat dan lelah
dalam mendidik kami untuk menjadi seorang insan yang berjaya dan berguna

Pengorbanan mu dalam mencurahkan ilmu tiada tandingnya
Tiada apa yang paling bermakna bagi mu selain dari melihat kejayaan anak didikmu
Jasa yang mu curahkan akan sentiasa kami kenang 
kerana mu adalah peneraju kami dalam mencapai kejayaan kami pada hari ini
Terima kasih Cikgu....

Selamat Hari Guru...

No comments:

You might also like: