Nuffnang Ads

Saturday, 17 May 2014

Kegagalan Anugerah Yang Terindah

Assalamualaikum...

Kegagalan
Kegagalan Anugerah Yang Terindah
Bumi mana yang tidak pernah ditimpa hujan? Langit mana yang tidak pernah mendung? Laut mana yang tak pernah bergelora? Mana ada manusia yang tidak pernah disentuh rasa duka dan bahagia? dan tiada siapa pun yang tidak pernah mengalami kegagalan sebelum mengecapi sebuah kejayaan. Itu lah lumrah kehidupan yang perlu kita tempuhi sebagai khalifah dimuka bumi yang luas ini. Bersyukurlah ke atas apa jua yang telah dianugerahkan olehNya kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

Kegagalan bukanlah suatu perkara yang semua orang inginkan. Berani gagal bermakna pintu kejayaan sedang terbuka kerana kita akan merasakan lonjakan semangat untuk mengubah kehidupan sedia ada dan langkah yang diatur akan jadi lebih rapi kerana kita tidak mahu jatuh sekali lagi di tempat yang sama.

Sebenarnya kegagalan banyak mengajar kita erti dalam menjalani hidup. Sekali kita mengalami kegagalan tidak bermaka kita tak boleh nak bangkit. Ia juga mengajar untuk kita menjadi lebih kuat dan tabah dalam mengaharungi liku-liku kehidupan didunia ini.

Oleh itu, apabila bertemu dengan kegagalan, sambutlah dengan ucapan salam perkenalan agar kita mampu untuk belajar memperbaiki diri daripada guru yang tidak berkata-kata ini. Ketahuilah bahawa kegagalan sebenarnya mendidik kita untuk terus berusaha dalam memperbaiki kesilapan diri, emosi dan membuka minda dalam memikirkan jalan terbaik dalam mengangganinya.

Yakinlah bahawa kegagalan dan kesulitan itu sebenarnya akan menguatkan hati, menghapuskan dosa, menghancurkan ego serta mengaburkan rasa sombong. Malah, kegagalan serta kesulitan itu akan menelan kelalaian dan menjemput untuk berzikir, memujuk agar berdoa dan membalut hati dengan selendang kesabaran. Berfikiran positif dalam setiap sudut apabila sedang dilanda kesulitan. Ketahuilah bahawa setiap yang berlaku telah diatur sebaik-baiknya oleh Pencipta Yang Maha Agung. Jadikan sebuah kegagalan sebagai suatu anugerah yang terindah kerana tanpanya tidak akan mengenal erti untuk berusaha.


" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui sedang  kamu tidak mengetahui" 
(al-Baqarah : 216)


No comments:

You might also like: