Assalamualaikum….
Hari ini eyza nak share entry berkaitan dengan kelebihan mengamalkan surah Al- fatihah,
semoga ia nya memberi manfaat pada anda semua…
Terdapat banyak cara yang boleh
menjemput rezeki antarnya ialah dengan menlazimkan membaca surah Al-Fatihah.
Surah Al-Fatihah sengaja dipilih kerana kita semua sudah menghafalnya. Pilihan mengikut kemampuan yang
kita ada. So bergantunglah pada kelapangan anda. Lain orang lain
kesibukkannya. Kat sini eyza bagi beberapa kaedah agar anda boleh memilih dan
beramal dengan mana-mana kaedah yang berkenan dihati.
Kaedah 1:
Masa membacanya di antara solat
sunat subuh dan solat subuh baca surat al- Fatihah sebanyak 41 kali di antara
dua solat tersebut.
Kaedah 2:
Bacalah surah al-Fatihah sebanyak
7 kali setiap kali selepas solat fardu
Kaedah3:
Membacanya di tengah malam dimana
semasa anda bangun untuk solat tahhajud. Bacalah sebanyak 41 kali
Kaedah 4:
Pilihlah mana-mana waktu yang
sesuai. Kemudian baca surat al-Fatihah sebanyak 313 kali. Bacalah selama 3,5
atau7 hari. Membaca al-quran sebainya
mengadap kiblat dan berwuduk
PENDINDING KETIKA TIDUR
Bacalah surah Al-Fatihah sekali,
surah Al –Ikhlas 3 kali, Surah An-Nas dan Surah Al-Falaq sekalim sebelum tidur.
InshaAllah terpelihara dari mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran
dan malapetaka.
Selamat beramal..
2 comments:
Perkongsian yang sangat menarik :)
Terima kasih..
Post a Comment