Nuffnang Ads

Monday, 19 January 2015

Apabila Malu Nak Mengaku!!! No...

Setiap hari yang dilalui, hati kecil ini sentiasa berharap agar semua yang akan ditempuhi akan berjalan dengan lancar. Tapi tidak pada perasaan yang penuh dengan pelbagai persoalan yang sedang tersirat di benak fikiran. Hati kata nak tapi mulut cuba untuk menidakkan. Itu lah jadinya apa bila ego mula menguasai diri. Perasaan mula jadi tidak menentu. Rasa nak tarik balik je kata-kata yang telah terucap tu tapi keberanian belum juga muncul untuk menyelamatkan keadaan.



Semua terjadi kerana sikap yang terlebih berhati-hati kerana takut akan perasaan sendiri rasa terluka. Wahai hati kecilku yang naif lagi daif boleh tak bila berbicara tu jujur pada diri,  cubalah berterus terang cakap yang kau dah mula sukakan dia. Cuba bagi ruang dan peluang untuk insan lain bertakhta di hati kecilmu itu. Hadir untuk mengisi segenap kekosongan yang ada didalamnya. Semoga sinar bahagia akan menjela suatu hari nanti.

#Malutapimau
#merepekdipetanghari

Friday, 9 January 2015

Pertama Kali Derma Darah



Tak pernah terlintas dihati untuk menyahut kempen derma darah sebelum ni, agaknya kali ni terbuka hati nak memberi sumbangan yang tak seberapa. Sempena kempen derma darah yang sedang berlangsung Jaya Jusco Seremban 2 pada 9-11 Januari 2015, buat pertama kali dalam hidup eyza menyahut cabaran untuk menderma walaupun hakikatnya diri ni  takut n mabuk darah.Mana tidaknya selalunya bila nampak je darah mesti eyza akan pitam.

Hasil idea kak izan la yang beria-ia post kat facebook mengajak member office untuk join same. Ramai yang berminat, disebabkan kekangan masa diorang tak dapat join. Kesudahannya eyza, kak zue n kak izan je yang datang. Bersungguh-sungguh kitaorang bertiga mengisi borang tapi bila buat saringan kak.izan n kak zue tak lepas dek tekanan darah rendah kesudahannya eyza sorang je yang berjaya derma...sabar je la dorang ni. Apa pun atas semangat dorang eyza dapat dorongan dari diorang untuk sama menderma bagi yang memerlukan....tak pe ye kakak-kakak ku, next time u all boleh datang derma ye.

Dalam rase takut akhirnya berjaya eyza lakukan juga. Caiyok la eyza....Kepada mereka yang ingin menderma darah boleh lah hulurkan sumbangan anda ye... peace!!!



Beria eyza ngan kak zue mengisi borang derma darah

Dah rupa cam dok dalam labor room pun ada, kata member ofis ler... kuang asam dorang ni kan.

Monday, 29 December 2014

Sekadar Sebuah Coretan 2014


Bersyukur kehadrat Illahi kerana atas kurnia kerana masih memberi kesempatan untuk terus merasai nikmat hidup di dunia milik Mu. Tidak dilupa untuk selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Lama sudah rasanya eyza tidak update blog ni. Kesibukan dalam menjalankan tugas hakiki lebih menjadi keutamaan. Namun sedar atau tidak tirai 2014 bakal melabuhkan tirai. Banyak perkara suka dan duka yang telah dilalui, pahit atau manis tetap diharungi dengan tabah. Tak semua yang diimpikan akan menjadi kenyataan. Yang pergi tetap pergi, patah tumbuh hilang berganti. Hati kecil sentiasa berkata yang suatu hari nantikan hadir sebuah sinar datang untuk menerangi.




Banyak perkara yang dilalui tahun ni memberi seribu satu pengajaran buat diri eyza untuk menjadi seorang yang lebih cekal dan tabah. Peringatan pada diri : Walau apa pun yang terjadi, kena belajar untuk berdiri di atas kaki sendiri, jangan sesekali mudah berputus asa. Sabar, tabah dan reda dalam apajua situasi.. andai rasa diri ini tidak kuat, bersujud dan mengadulah pada Yang Maha Esa. Insyallah kita akan berasa lebih lega dan tenang dalam menghadapi situasi yang tidak diduga. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Kehadiran tahun 2015 yang akan menjelma tidak lama lagi diharap agar dapat memberi satu perubahan baru dalam hidup dan diri. Sangat berharap agar tidak apa yang dilalui menjadi suatu motivasi dan tabah dalam mengharungi hari-hari mendatang. Amin..




Wednesday, 24 September 2014

Petua Menjadi Positif | Worldless wednesday#

Tak mudah untuk kita menjaga hati dan memuaskan hati semua orang yang berada di sekeliling kita. Namun dengan berfikiran positif dan terbuka dalam setiap penerimaan  sesuatu perkara ia dapat membantu untuk kita membuat mereka (orang sekeliling) lebih terbuka dalam penerimaannya.

Atitute sentiasa dipengaruhi oleh cara bagaimana pemikiran sesorang. Sikap dan tingkahlaku yang dipengaruhi oleh cara pemikiran dapat menjukkan bagaimana atitute sesorang. Bagaimana nak jadi seorang yang positif jom kita follow petua dibawah...




Monday, 22 September 2014

Resepi: Siakap Stim ala Cik Eyza

Assalamualaikum. Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya eyza masih lagi dapat merasai nikmat keindahan ciptaannya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad saw.

Kesibukan diri sejak akhir-akhir ni menghadkan eyza untuk mengupdate blog yang kian berhabuk ni.... rindu untuk mecoretkan dan berkongsi cerita, namun terpaksa dipendamkan dek kerana keadaan yang tak mengizinkan. Dalam entry kali ni eyza just nak share resepi siakap stim ala-ala cik eyza gitu, resepi yang create sendiri plus comment membina dari masterchef abahku yang tercinta..sedap sehingga menjilat jari.

Siakap Stim ala Cik Eyza
Bahan A:
1 ekor ikan siakap size sederahana
2 ulas bawang putih dicincang
1 batang serai dititik
2 inci halia di hiris halus
1 biji limau nipis dipotong bulat

Bahan B:(kuah)
1 cawan air
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 inci halia dihiris halus
2 biji asam boi jeruk
1/2 sudu teh taucu
1 biji cili merah dihiris serong
2 biji cili api
Garam, gula

Cara-cara:
1. Bahan A: Taburkan bawang putih yang dicincang dan serai ke dalam pinggan, letakkan ikan diatas bahan tadi. Lebih elok jika ikan tersebut di buang tulangnya. Taburkan halia dan limau di atas ikan. Kukus selama 10 minit.( agak-agak ikan separuh masak)

2. Bahan B: (kuah) Satukan semua bahan B dalam kuali, perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga mendidih dan tutup api.

3. Siramkan kuah  yang telah dimasak tadi  ke atas ikan dan kukus sekali lagi selama 10 minit.Setelah ikan masak boleh dihidang. Taburlah sedikit daun sup sebagai hiasan.


Selamat mencuba...
Eyza

You might also like: