Setiap hari yang dilalui, hati kecil ini sentiasa berharap agar semua yang akan ditempuhi akan berjalan dengan lancar. Tapi tidak pada perasaan yang penuh dengan pelbagai persoalan yang sedang tersirat di benak fikiran. Hati kata nak tapi mulut cuba untuk menidakkan. Itu lah jadinya apa bila ego mula menguasai diri. Perasaan mula jadi tidak menentu. Rasa nak tarik balik je kata-kata yang telah terucap tu tapi keberanian belum juga muncul untuk menyelamatkan keadaan.
Semua terjadi kerana sikap yang terlebih berhati-hati kerana takut akan perasaan sendiri rasa terluka. Wahai hati kecilku yang naif lagi daif boleh tak bila berbicara tu jujur pada diri, cubalah berterus terang cakap yang kau dah mula sukakan dia. Cuba bagi ruang dan peluang untuk insan lain bertakhta di hati kecilmu itu. Hadir untuk mengisi segenap kekosongan yang ada didalamnya. Semoga sinar bahagia akan menjela suatu hari nanti.
#Malutapimau
#merepekdipetanghari
#Malutapimau
#merepekdipetanghari
No comments:
Post a Comment