Dunia hari ini dikejutkan dengan serangan rejim zionis terhadap konvoi kemanusiaan yang membawa ratusan aktivis pro-Palestin dari pelbagai Negara. Seluruh dunia bersedih pilu dan berdukacita dengan berita serangan dan pembunuhan yang berlaku.
Sempena menyahut seruan anti keganasan dan ketidakperikemanusiaan,maka AKRAB JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN akan melancarkan kempen Jualan Amal "Smile For Gaza" sebagai suatu tanggungjawab sosial korporat dalam usaha membantu mangsa-mangsa yang teraniaya di Palestin.
Sehubungan itu, ingin menjemput semua yang berada di sekitar Seremban dan kawasan yang berdekatan untuk menghadiri serta memeriahkan majlis jualan amal yang akan berlangsung pada 25 Ogos 2014
Bersama-samalah kita menghulurkan bantuan bagi meringankan penderitaan mangsa-mangsa kekejaman zionis di Palestin.
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah pada jalanNya, supaya kamu mendapat keberuntungan"
(surah Al-Maidah :35)
kredit pada Lanz Zahril (poster)